Ganja Penuh Satu Rumah!

Seorang wanita yang pulang daripada percutian mengeliling Asia terkejut apabila rumahnya kini menjadi kebun ganja.

Tanya Laverty yang suatu ketika dahulu mengusahakan dapur masakan untuk gelandangan menyewakan kediamannya di Wavertee kepada sebuah keluarga setelah dia pergi mengembara bersama teman lelakinya.

Tidak lama selepas itu, dia tidak menerima sebarang bayaran sewa menyebabkan dia mengesyaki ada sesuatu yang tidak kena sedang berlaku.

Dia mengambil keputusan untuk mengambil penerbangan dan pulang ke rumah setelah teman lelaki ibunya mendapati terdapat alatan menghisap ganja di kawasan tangga rumah berkenaan.

“Saya sangat terkejut dan takut, ketika saya buka pintu, saya lihat rumah saya dipenuhi pokok ganja.

“Saya takut untuk naik ke atas, saya hanya mampu menangis apabila tengok rumah saya dipenuhi tanaman itu,” katanya kepada Echo.

Menurut Tanya, dia percaya terdapat hampir 200 pokok ganja di dalam rumahnya yang berpotensi memberi keuntungan sehingga £800,000 (RM4.4 juta) setahun kepada pemiliknya.

Dia menyewakan rumah itu kepada sebuah keluarga dari Korea Selatan lewat September lalu.Lebih malang, dia bukan sahaja tidak memerima bayaran sewa, malah kini terpaksa menanggung kos untuk baik pulih rumahnya.

“Senangnya untuk jadi gelandangan. Sampai hati mereka gunakan rumah saya untuk buat jenayah sehingga rosak sampai macam ni.

“Dulu saya tolong memasak untuk gelandangan, sekarang ni mungkin saya pula yang jadi gelandangan,” luah Tanya.

Malah, Tanya kini sedang memohon bantuan dari mana-mana pihak yang sudi untuk membaiki semula rumahnya.

“Saya tahu akan ada orang akan tolong, sebab sebelum ini saya salah seorang daripada golongan yang suka tolong orang,” katanya lagi.

Dalam pada itu, pihak polis Merseyside turut menyerbu kediaman itu setelah satu laporan difailkan oleh Tanya.

Bukan sahaja bahagian bawah malah tingkat atas rumahnya juga dipenuhi dengan tanaman itu.

Sumber : Mstar

Recent Posts

  • Info
  • Trending

Boleh Ke Isteri Ambil Duit Suami Senyap-Senyap? Ini Penjelasannya

Menurut Ustazah Asma’ lagi, berdasarkan kitab Mughni al-Muhtaj, terdapat tujuh keperluan nafkah yang wajib suami…

14 hours ago
  • Hiburan
  • Trending

“Sepadan Betul”- Ramai Beri Restu Lepas Lihat Video Bella Astillah & Daniesh Suffian

Ramai di kalangan netizen berpendapat Bella Astillah dan Daniesh Suffian adalah sepadan serta tidak menolak…

14 hours ago
  • Trending

“Vokal Dia Power!” – Suara Serak Basah Jadi Tumpuan, Ramai Puji Nyanyian Buskers Cover Lagu Nidji [Video]

Pemuzik jalanan dikenali sebagai Genji Buskers bersama Kazim Band dilihat sedang mempersembahkan nyanyian lagu sekitar…

15 hours ago
  • News
  • Trending

Pengantin Pakai Seksi & Tak Tutup Aurat Semasa Akad Nikah Budaya Jahiliah, Kata Mufti Pulau Pinang

Sebelum ini, seorang pelakon wanita dikritik kerana berpakaian seksi dan terdedah semasa melangsungkan majlis akad…

15 hours ago
  • Trending

Anak Sulung Rasa Bagai Disisih Ibu Bapa, Lukisan Si Kecil Buat Ibu Luluh Hati [Video]

Seorang ibu dikenali sebagai Intan berkata dia berasa sedih melihat lukisan anak sulung yang menggambarkan…

15 hours ago
  • Trending

Dejavu! Tular Lagi Video Axia Terbawa Nozel Pam Selepas Isi Minyak

Kejadian tersebut dipercayai berlaku di salah sebuah stesen minyak di Bukit Sentosa, Rawang, Selangor pada…

15 hours ago