Diva AA Tegur Pegawai SPR Tersilap Label Peti Undi

Selebriti kontroversi, Azwan Ali atau Diva AA berang apabila pegawai Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) tersilap meletakkan label pada peti undi Parlimen dan Dewan Undangan Negeri (DUN)di pusat pengundian Sekolah Rendah Kebangsaan Klang Gate Baru, Setapak.

Menurut calon bebas DUN Bukit Antarabangsa itu, dia menyedarinya ketika mahu membuang undi di saluran 2, pusat mengundi berkenaan pada Rabu.

“Saya seorang yang sangat profesional. Walaupun tidak pernah bekerja dengan SPR, saya tahu warna oren itu untuk Parlimen dan kuning untuk DUN.

“Tiba-tiba masa hendak mengundi tadi saya tengok tag bagi DUN itu dilabel dengan warna oren,” ujarnya kepada mStar Online.

Selain itu, Azwan turut menggesa Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak untuk memeriksa semula kejadian sebegini yang dianggap mampu menggugat ketelusan serta memalukan pihak SPR.

“Ini bukan kesalahan biasa-biasa. Kotak pun boleh salah label.

“Sudah berapa tahun kami menunggu untuk mengundi, tiba-tiba jadi perkara sebegini. Rosak mood saya hendak mengundi.

“SPR sepatutnya lebih berhati-hati dan peka dengan kerja mereka. Hanya kerana perkara sebegini, SPR akan dihentam rakyat, katanya.

Azwan selesai mengundi di pusat mengundi berkenaan di pada pukul 8.17 pagi, Rabu.

Selain Azwan yang menentang abangnya Azmin bagi merebut kerusi DUN Bukit Antarabangsa pada Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU14), tiga lagi calon adalah Syarifah Hazlizah (PAS) Salwa Yunus (BN) dan Ahmad Kamarudin (PRM).

Sumber : Mstar

Recent Posts

  • Trending

Haramkan Syarikat Bersubahat Dalam Genosid Gaza Daripada NATSEC Asia 2024 – NGO Malaysia

Pameran Perkhidmatan Pertahanan Asia (DSA) dan NATSEC 2024 dijadualkan berlangsung di di Pusat Pameran dan…

4 hours ago
  • News
  • Trending

Tak Mampu Ganti Pemadam Kawan, Kanak-Kanak Umur 10 Tahun Tawar Seks Untuk Bayar Hutang

Menurut Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Bukit Aman, kes itu bagaimanapun tidak difailkan memandangkan ia disifatkan…

5 hours ago
  • Gaya Hidup
  • Trending

The Exchange TRX perkenal TRX Eats, Makan Sambil Berhibur Sepanjang Bulan Mei Ini!

TRX Eats adalah perayaan kepelbagaian kuliner dan kehidupan sosial yang mencerminkan semangat The Exchange TRX.

6 hours ago
  • News
  • Trending

Kedudukan Merosot Dalam Indeks Kebebasan Media, Bukan Salah Kementerian Sepenuhnya – Fahmi Fadzil

Menurut Fahmi Fadzil, undang-undang di bawah kementerian berbeza turut dilihat mempengaruhi laporan yang dikeluarkan oleh…

7 hours ago
  • Trending

BJAK Tak Pernah Dapat Kelulusan Jalankan Perkhidmatan ‘Renew’ Cukai Jalan – JPJ

Menurut JPJ, tiada intergrasi sistem di antara sistem JPJ (MySIKAP) dengan sistem yang digunakan oleh…

8 hours ago
  • Trending

Peniaga Apam Balik Jadi Bidan Terjun, Baca Doa Di Kenduri Kahwin Buat Ramai Kagum [Video]

Apa yang menjadi perhatian adalah bacaan doa pemuda berkenaan yang lancar, penuh dengan lenggok dan…

9 hours ago