Dr Mahathir anggap Khairy calon terbaik terajui UMNO

ALOR SETAR: Tun Dr Mahathir Mohamad berpandangan Ketua Pemuda UMNO Khairy Jamaluddin adalah calon terbaik untuk menerajui parti itu.

Tanpa mengulas lanjut, Pengerusi Pakatan Harapan (PH) itu membayangkan Khairy merupakan calon yang layak memegang jawatan tersebut berikutan keadaan UMNO kini yang dilihat kucar-kacir sehingga tidak dapat menentukan hala tuju perjuangan parti.

“Saya rasa Khairy calon terbaik… (jawatan) Presiden UMNO ialah Khairy Jamaluddin,” katanya pada sidang media selepas mempengerusikan mesyuarat Majlis PH Kedah di Seri Mentaloon di sini hari ini.Turut hadir Menteri Besar Kedah merangkap Pengerusi PH negeri Datuk Seri Mukhriz Tun Dr Mahathir dan pimpinan pakatan itu.

Pada 22 Mei lepas, Pemangku Presiden UMNO Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi menyatakan semua jawatan yang ada mengikut perlembagaan UMNO adalah terbuka dan bebas untuk dipertandingkan termasuk presiden, timbalan presiden, naib-naib presiden dan ketua sayap pada pemilihan parti yang dijadualkan hujung bulan ini.

Pada pilihan raya umum 9 Mei lalu, UMNO mengalami kekalahan teruk dengan Barisan Nasional (BN) yang diterajuinya kehilangan kuasa di peringkat pusat selepas enam dekad mentadbir negara.

Recent Posts

  • Gaya Hidup
  • Trending

Amanie Academy Perkenal 2 Platform AI Baru, Inovasi Baru Dalam Pendidikan & Kewangan Islam

Dua platform AI yang diperkenalkan ini, Raida.AI dan AIFA.AI, menunjukkan tekad Amanie Academy terhadap inovasi…

2 days ago
  • Trending

“Besar Pahala Dia” – Tindakan Mutawif Gigih Pimpin Jemaah Buta Ke Depan Kaabah Raih Pujian [Video]

Seorang mutawif telah membantu perjalanan jemaah umrah buta di Masjidil Haram untuk menuju ke Kaabah.

3 days ago
  • News
  • Trending

Tiada Kasino Akan Dibuka & Beroperasi Di Forest City – MB Johor

Jelas MB Johor itu lagi, Agong juga telah bertitah bahawa baginda tidak akan membenarkan mana-mana…

3 days ago
  • Trending

Ramai Sokong Kelantan Miliki Paling Ramai Lelaki Kacak, Kedah Pula Kelakar

Menurut kebanyakan komen, lelaki Kelantan dilihat lebih kacak kerana kebanyakan mereka mempunyai kacukan darah Melayu-Siam.

3 days ago
  • Trending

“Ini Baru Cantik”- Ramai Puji Aisar Khaled Bantu Bersih & Cantikkan Rumah Warga Emas [Video]

Menerusi video berkenaan, kelihatan warga emas itu sangat teruja sebaik melihat rumahnya kembali cantik dan…

3 days ago
  • News
  • Trending

Lelaki Rempuh Kereta Kerana Berang Pasangan Kekasih Bertengkar

Menerusi video turut kelihatan kereta berwarna putih berkenaan meluru laju melanggar kenderaan berwarna hitam sebaik…

3 days ago