Razan Ditembak Tepat Di Dada Oleh Rejim Zionis

Seorang sukarelawan warga Palestin yang pernah berkhidmat bersama bantuan kemanusiaan MyCARE ditembak mati askar rejim Isral ketika protes di sempadan Gaza pada Jumaat lalu, lapor Reuters.

Menurut saksi, Razan al-Najar ditembak mati askar Israel ketika dia meluru ke pagar sempadan di bandar selatan Gaza untuk memberi bantuan kepada mangsa yang cedera.

Askar Israel dalam satu kenyataan mendakwa ‘militan’ Palestin telah menyerang anggotanya di sepanjang kawasan sempadan dengan melepaskan tembakan dan bom tangan.

Menurut kenyataan itu, kematian Razan akan disiasat.

Sebuah badan bukan kerajaan (NGO) tempatan, Aqsa Syarif, mendakwa Razan yang memakai baju berwarna putih ditembak di dada oleh penembak tepat Israel ketika sedang memberi bantuan perubatan.

“Bajunya sentiasa dipenuhi darah warga Palestin yang diselamatkannya. Namun malam semalam, bajunya dipenuhi darahnya sendiri.

“Ketika dia sibuk menyelamatkan orang lain, nyawanya sendiri telah diragut,” kata NGO itu dalam satu posting di Facebook pada Sabtu.

Menurut Aqsa Syarif, Razan menyertai sukarelawan MyCARE sejak Ramadan tahun lalu.

Razan pernah berkata, “Saya boleh bekerja di hospital. Tetapi saya memilih untuk berada di barisan hadapan bersama-sama dengan rakan-rakan saya di lapangan.”

Kematian Razan menjadikan jumlah kematian warga Palestin yang maut dalam protes yang diadakan di Tebing Gaza itu sejak 30 Mac lalu kepada 119 orang.

Di laman Twitter, ramai netizen yang memuat naik tentang kematian Razan serta mengagumi keberanian beliau dalam kerja sukarelawan.

Sumber : Mstar 

Recent Posts

  • Gaya Hidup
  • Trending

Amanie Academy Perkenal 2 Platform AI Baru, Inovasi Baru Dalam Pendidikan & Kewangan Islam

Dua platform AI yang diperkenalkan ini, Raida.AI dan AIFA.AI, menunjukkan tekad Amanie Academy terhadap inovasi…

2 days ago
  • Trending

“Besar Pahala Dia” – Tindakan Mutawif Gigih Pimpin Jemaah Buta Ke Depan Kaabah Raih Pujian [Video]

Seorang mutawif telah membantu perjalanan jemaah umrah buta di Masjidil Haram untuk menuju ke Kaabah.

2 days ago
  • News
  • Trending

Tiada Kasino Akan Dibuka & Beroperasi Di Forest City – MB Johor

Jelas MB Johor itu lagi, Agong juga telah bertitah bahawa baginda tidak akan membenarkan mana-mana…

2 days ago
  • Trending

Ramai Sokong Kelantan Miliki Paling Ramai Lelaki Kacak, Kedah Pula Kelakar

Menurut kebanyakan komen, lelaki Kelantan dilihat lebih kacak kerana kebanyakan mereka mempunyai kacukan darah Melayu-Siam.

2 days ago
  • Trending

“Ini Baru Cantik”- Ramai Puji Aisar Khaled Bantu Bersih & Cantikkan Rumah Warga Emas [Video]

Menerusi video berkenaan, kelihatan warga emas itu sangat teruja sebaik melihat rumahnya kembali cantik dan…

2 days ago
  • News
  • Trending

Lelaki Rempuh Kereta Kerana Berang Pasangan Kekasih Bertengkar

Menerusi video turut kelihatan kereta berwarna putih berkenaan meluru laju melanggar kenderaan berwarna hitam sebaik…

2 days ago