fbpx
Now Reading
“Hello Polis, Saya Bunuh Dia”

“Hello Polis, Saya Bunuh Dia”

Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami! Follow Kami

Dialog di atas mungkin perbualan seorang suspek yang dipercayai telah mengaku membunuh mangsa yang bekerja sebagai kerani di Kolej Vokasional Sultan Abdul Samad, Banting, suspek yang berusia 28 tahun menghubungi balai tersebut pada pukul 2.40 petang.

Kejadian tersebut difahamkan berlaku di stor pejabat pentadbiran di kolej berkenaan.

Mangsa adalah  seorang kerani yang telah dicekik dan ditikam dipercayai perbuatan suspek yang telah menghubungi balai tersebut.

Ketua Polis Daerah Kuala Langat, Supritendan Azizan Tukiman berkata, dalam kejadian kira-kira 2.30 petang Rabu itu, suspek dipercayai mencekik dan menikam mangsa yang dikenali sebagai Zaimah Mahmod, 57, menggunakan pisau.

Suspek menyerah diri di Balai Polis Banting selepas mengaku membunuh mangsa gara-gara berdendam kerana sering disindir.

“Mangsa dikatakan selalu menyindir suspek ada hubungan cinta dengan seorang kakitangan di tempat kerja sama.

“Walaupun dinafikan oleh suspek, mangsa masih juga menyindir dan mengatanya. Pada masa sama suspek juga didapati mempunyai rekod dan menjalani rawatan akibat masalah tekanan di Hospital Banting,” menurut kenyataan yang dikeluarkan pada Rabu.

Siasatan awal mendapati hanya suspek dan mangsa yang berada di tempat kejadian.

Pasukan forensik telah dipanggil untuk membuat siasatan lanjut berhubung kes tersebut.

Kes disiasat mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan.

Sumber : Mstar

View Comments (0)

Leave a Reply

© 2022 BuzzKini. All Rights Reserved.