“Saya Tak Faham Bagaimana Kanak-Kanak Ini Boleh Kekal Tenang”

Misi menyelamat mangsa Gua Tham Luang boleh dianggap sebagai yang paling hebat pernah berlaku dalam sejarah peradaban manusia

Dengan 12 kanak-kanak dan seorang jurulatih terperangkap di dalam gua yang banjir teruk, bekalan oksigen semakin berkurang, dan hujan lebat pula bakal menimpa, segalanya tampak amat mustahil.

Namun, kegigihan dan semangat jitu yang ditunjukkan oleh para penyelamat, sukarelawan, askar, dan semua yang terlibat terbukti mampu mengubah segalanya.

 

Malah, seorang penyelamat warga Denmark, Ivan Karadzic menggambarkan misi ini luar biasa.

Ivan ditempatkan berdekatan dengan laluan sukar kira-kira separuh jalan di dalam gua, dan tugasnya adalah untuk menggantikan tangki oksigen dan membantu pasukan penyelamat menerusikan perjalanan.”Mereka terpaksa melakukan sesuatu yang tidak pernah dilakukan oleh mana-mana kanak-kanak sebelum ini,” kata Ivan.

“Tidak normal untuk kanak-kanak melakukan cave diving pada usia 11 tahun.”

Bukan setakat menyelam dalam gua yang gelap gelita, mereka juga perlu melakukannya dalam persekitaran yang sangat berbahaya

“Mereka menyelam dalam sesuatu yang dianggap persekitaran yang sangat berbahaya dengan kadar penglihatan sifar.

“Satu-satunya sumber cahaya yang ada di dalam gua ialah cahaya lampu picit yang kami bawa bersama. Jelas sekali kami takut dan risau jika berlaku sebarang panik dari penyelam,” katanya.

Ivan berkata beliau betul-betul tidak faham bagaimana kanak-kanak itu boleh kekal tenang sepanjang misi berlangsungWalaupun telah terperangkap selama dua minggu, kanak-kanak itu dilihat begitu tenang dan langsung tidak panik. Malah, mereka masih mampu tersenyum. Ketenangan kanak-kanak itu membuatkan Ivan bingung.

“Saya tak faham bagaimana mereka boleh kekal tenang.

“Memikirkan keadaan mereka terperangkap di dalam sebuah gua kecil selama dua minggu, dan tidak dapat melihat ibu mereka, kanak-kanak ini memang luar biasa kuat, hampir sukar dipercayai,” kata Ivan lagi.

Bila ditanya apa reaksi beliau apabila salah seorang kanak-kanak itu mendekatinya, Ivan menjawab, “Saya sangat takut.””Saya sangat takut kerana apabila saya melihat penyelam dan kanak-kanak itu dari jauh, saya masih tidak tahu sama ada ia adalah mayat atau seorang kanak-kanak.

“Jadi, saya sangat takut, rasa sangat tidak baik.

“Tetapi apabila saya melihat dia masih hidup dan bernafas, saya berasa baik semula,” jelas Ivan.

Saksikan wawancara penuh oleh BBC di bawah:

Sumber : Says.com

Recent Posts

  • News
  • Trending

Pemandu Warga Emas Langgar Lampu Merah Jadi Punca Kemalangan Motosikal & Kereta

Menurut KPD Seremban, kemalangan terbabit melibatkan mangsa penunggang motosikal berusia 44 tahun dan pemandu wanita…

39 mins ago
  • Trending

Perodua Ativa Kantoi Ikut Belakang Peronda Polis Untuk Elak Trafik [Video]

Menerusi video, turut kelihatan Perodua Ativa itu mengekori kereta peronda sewaktu jalan sesak sebelum ditegur…

1 hour ago
  • Trending

“Harap Ayah Happy” – Bapa Terharu Si Anak Hadiahkan Motosikal Jenis Honda Vario [Video]

Menerusi video tersebut, meskipun gembira menerima hadiah namun masih kelihatan si bapa seperti bimbang pemberian…

2 days ago
  • Trending

Lelaki Dakwa Puluhan Kereta Tersadai Di Highway Karak, Gara-gara Paku Atas Jalan [Video]

Dalam satu lagi video berasingan yang dikongsikan Mohd Faiz, dia mendakwa bahawa kesemua kereta tersebut…

2 days ago
  • Hiburan
  • Trending

“Tiada Duta Tempatan” – Dikritik Selepas Ruhainies Tag Gambar Di IG, Godiva Tampil Beri Penjelasan

Penafian tersebut dilakukan Godiva Malaysia, selepas orang ramai mendakwa syarikat berkenaan mengambil Ruhainies sebagai duta…

2 days ago
  • Trending

Perlu Beli Barang Lain Jika Nak Beli 2 Paket Minyak Masak, KPDN Perak Serbu Kedai Runcit [Video]

Menurut Timbalan Menteri KPDN, Fuziah Salleh melakukan jualan bersyarat adalah satu kesalahan di bawah Akta…

2 days ago