Facebook Didenda RM6.48 Bilion Kerana 50 juta Akaun Pengguna Digodam

Facebook boleh dikenakan denda lebih £1.2 bilion (RM6.48 bilion) berikutan pelanggaran data yang besar yang menyaksikan kebocoran butiran akaun 50 juta pengguna laman sosial itu.

Pemantau privasi Kesatuan Eropah (EU), Suruhanjaya Perlindungan Data Ireland menuntut maklumat daripada rangkaian sosial itu mengenai skala pelanggaran yang berlaku Jumaat lalu.

Sejak itu, akaun pengasas Facebook, Mark Zuckerberg dan dua lagi eksekutif tertinggi turut digodam.

Wall Street Journal memetik suruhanjaya itu sebagai berkata, kebimbangan terhadap pelanggaran yang dikesan pada Selasa dan memberi kesan kepada jutaan akaun pengguna tetapi Facebook tidak dapat menjelaskan mengenai pelanggaran dan risiko kepada pengguna ketika ini.

Facebook dikatakan mengambil perhatian terhadap pelanggaran itu secara serius, dan melakukan siasatan.

Menurut laporan New York Post, Zuckerberg dan Ketua Pegawai Operasi Facebook, Sheryl Sandberg, dan Naib presiden Eropahnya, Nicola Mendelsohn merupakan antara pemilik akaun yang digodam.

Naib Presiden Pengurusan Produk di Facebook, Guy Rosen berkata: “Kami mengambil perkara ini secara serius dan mahu memaklumkan kepada semua mengenai apakah yang berlaku, dan tindakan segera diambil untuk melindungi keselamatan orang awam.”

– Mirror Online UK

 

Recent Posts

  • Trending

Haramkan Syarikat Bersubahat Dalam Genosid Gaza Daripada NATSEC Asia 2024 – NGO Malaysia

Pameran Perkhidmatan Pertahanan Asia (DSA) dan NATSEC 2024 dijadualkan berlangsung di di Pusat Pameran dan…

5 hours ago
  • News
  • Trending

Tak Mampu Ganti Pemadam Kawan, Kanak-Kanak Umur 10 Tahun Tawar Seks Untuk Bayar Hutang

Menurut Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Bukit Aman, kes itu bagaimanapun tidak difailkan memandangkan ia disifatkan…

6 hours ago
  • Gaya Hidup
  • Trending

The Exchange TRX perkenal TRX Eats, Makan Sambil Berhibur Sepanjang Bulan Mei Ini!

TRX Eats adalah perayaan kepelbagaian kuliner dan kehidupan sosial yang mencerminkan semangat The Exchange TRX.

6 hours ago
  • News
  • Trending

Kedudukan Merosot Dalam Indeks Kebebasan Media, Bukan Salah Kementerian Sepenuhnya – Fahmi Fadzil

Menurut Fahmi Fadzil, undang-undang di bawah kementerian berbeza turut dilihat mempengaruhi laporan yang dikeluarkan oleh…

7 hours ago
  • Trending

BJAK Tak Pernah Dapat Kelulusan Jalankan Perkhidmatan ‘Renew’ Cukai Jalan – JPJ

Menurut JPJ, tiada intergrasi sistem di antara sistem JPJ (MySIKAP) dengan sistem yang digunakan oleh…

8 hours ago
  • Trending

Peniaga Apam Balik Jadi Bidan Terjun, Baca Doa Di Kenduri Kahwin Buat Ramai Kagum [Video]

Apa yang menjadi perhatian adalah bacaan doa pemuda berkenaan yang lancar, penuh dengan lenggok dan…

9 hours ago