Sanggup Hidup Tanpa Telefon Pintar Selama Setahun Demi RM400 Ribu?

Tidak dinafikan telefon pintar memudahkan kehidupan seharian tetapi jika anda terlalu bergantung dan taksub dengan telefon bimbit banyak moment yang anda akan terlepas dalam kehidupan anda.

Bayangkan hidup anda tanpa telefon pintar, bukan sehari, bukan seminggu tetapi setahun. Jika anda sanggup menjalani kehidupan tanpa telefon pintar selama setahun, anda berpeluang memenangi wang tunai AS$100,000 (RM418,544)menerusi cabaran #nophoneforayear anjuran syarikat jenama minuman tenaga, Vitaminwater.

Bagi anda yang ingin menyertai pertandingan tersebut, anda perlu memuat naik entri di Twitter, Instagram dan Facebook, dengan menyatakan perancangan anda untuk menjalani kehidupan selama setahun tanpa menggunakan sebarang bentuk telefon pintar, termasuk tablet.

Jika anda terpilih sebagai peserta, anda akan diberikan sebuah telefon bimbit biasa yang hanya mempunyai kemudahan membuat panggilan dan menghantar pesanan ringkas. Walau bagaimanapun peserta masih dibenarkan untuk menggunakan komputer, komputer riba dan teknologi lain seperti Google Home dan Amazon Echo.

Pastinya anda tidak dibenarkan untuk meminjam telefon pintar keluarga, rakan dan rakan sekerja. Jika anda berbohong dan menipu, anda tidak akan berjaya kerana pada akhirnya pihak syarikat Vitaminwater akan menggunakan alat pengesan penipuan untuk mengesan jika anda menipu atau tidak.

Sumber : The Vocket

Recent Posts

  • Gaya Hidup
  • Trending

Amanie Academy Perkenal 2 Platform AI Baru, Inovasi Baru Dalam Pendidikan & Kewangan Islam

Dua platform AI yang diperkenalkan ini, Raida.AI dan AIFA.AI, menunjukkan tekad Amanie Academy terhadap inovasi…

2 days ago
  • Trending

“Besar Pahala Dia” – Tindakan Mutawif Gigih Pimpin Jemaah Buta Ke Depan Kaabah Raih Pujian [Video]

Seorang mutawif telah membantu perjalanan jemaah umrah buta di Masjidil Haram untuk menuju ke Kaabah.

2 days ago
  • News
  • Trending

Tiada Kasino Akan Dibuka & Beroperasi Di Forest City – MB Johor

Jelas MB Johor itu lagi, Agong juga telah bertitah bahawa baginda tidak akan membenarkan mana-mana…

2 days ago
  • Trending

Ramai Sokong Kelantan Miliki Paling Ramai Lelaki Kacak, Kedah Pula Kelakar

Menurut kebanyakan komen, lelaki Kelantan dilihat lebih kacak kerana kebanyakan mereka mempunyai kacukan darah Melayu-Siam.

2 days ago
  • Trending

“Ini Baru Cantik”- Ramai Puji Aisar Khaled Bantu Bersih & Cantikkan Rumah Warga Emas [Video]

Menerusi video berkenaan, kelihatan warga emas itu sangat teruja sebaik melihat rumahnya kembali cantik dan…

2 days ago
  • News
  • Trending

Lelaki Rempuh Kereta Kerana Berang Pasangan Kekasih Bertengkar

Menerusi video turut kelihatan kereta berwarna putih berkenaan meluru laju melanggar kenderaan berwarna hitam sebaik…

2 days ago