Cukai AS$10 Akan Dikenakan Kepada Pelancong di Bali Untuk Memelihara Alam Sekitar dan Budaya

Bali bersedia mengenakan cukai pelancong berjumlah AS$10 (RM41) ke atas pengunjung dari negara asing untuk membiayai program pemuliharaan alam sekitar dan budaya.

Pemerintah sudahpun merangka undang-undang untuk menguatkuasakan langkah tersebut, lapor Jakarta Postpada Jumaat, dengan memetik kata Gabenor Bali, Wayan Koster.

“Ini akan memberikan kami ruang fiskal yang lebih baik untuk menyokong pembangunan Bali,” ujarnya.

Bali menerima sejumlah 5.7 juta pelancong asing pada 2017, yang kebanyakannya dari China dan Australia.

Perangkaan pada 2018 pula dijangka melepasi 6 juta, apabila pulau peranginan itu menjadi tuan rumah acara bertaraf antarabangsa.

Bulan lalu, Bali mengharamkan plastik kegunaan tunggal seperti beg beli-belah, styrofoam dan penyedut minuman, dalam usaha mengurangkan sehingga 70 peratus sisa plastik di persekitaran marin pulau berkenaan dalam tempoh setahun.

Tambah Jakarta Post, penggubal undang-undang masih memperinci kaedah mengutip cukai pelancongan tersebut. Antara cadangan termasuk menambah caj levi pada harga tiket penrbangan atau mengutip bayaran itu di lapangan terbang.

“Para pelancong akan memahami peraturan baharu ini. Mereka akan gembira untuk membayarnya kerana ia akan digunakan untuk memperbaiki persekitaran dan budaya,” ujar Wayan.

Pelancong domestik bagaimanapun terkecuali daripada cukai tersebut.

Sumber : Awani

Recent Posts

  • News
  • Trending

Tak Mampu Ganti Pemadam Kawan, Kanak-Kanak Umur 10 Tahun Tawar Seks Untuk Bayar Hutang

Menurut Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Bukit Aman, kes itu bagaimanapun tidak difailkan memandangkan ia disifatkan…

22 mins ago
  • Gaya Hidup
  • Trending

The Exchange TRX perkenal TRX Eats, Makan Sambil Berhibur Sepanjang Bulan Mei Ini!

TRX Eats adalah perayaan kepelbagaian kuliner dan kehidupan sosial yang mencerminkan semangat The Exchange TRX.

1 hour ago
  • News
  • Trending

Kedudukan Merosot Dalam Indeks Kebebasan Media, Bukan Salah Kementerian Sepenuhnya – Fahmi Fadzil

Menurut Fahmi Fadzil, undang-undang di bawah kementerian berbeza turut dilihat mempengaruhi laporan yang dikeluarkan oleh…

2 hours ago
  • Trending

BJAK Tak Pernah Dapat Kelulusan Jalankan Perkhidmatan ‘Renew’ Cukai Jalan – JPJ

Menurut JPJ, tiada intergrasi sistem di antara sistem JPJ (MySIKAP) dengan sistem yang digunakan oleh…

3 hours ago
  • Trending

Peniaga Apam Balik Jadi Bidan Terjun, Baca Doa Di Kenduri Kahwin Buat Ramai Kagum [Video]

Apa yang menjadi perhatian adalah bacaan doa pemuda berkenaan yang lancar, penuh dengan lenggok dan…

4 hours ago
  • Trending

“Pelik Tapi Benar” – Rakaman Cara Ular Panjat Pokok Raih Perhatian Ramai [Video]

Lebih menarik lagi, reptilia itu juga dilihat sangat pantas memanjat pokok berkenaan meskipun tidak punyai…

5 hours ago