Landasan Kereta Api Terpaksa Dibakar Kerana Cuaca Ekstrem -43 Celsius

Pengalaman berdepan cuaca sejuk melampau sehingga suhu turun -43 darjah Celsius pastinya tidak dapat dilupakan penuntut Universiti Iowa, Amerika Syarikat ini.

Bagi Afina Syaurah A Aziz, 21, penuntut tahun empat Kejuruteraan Kimia, fenomena vorteks kutub iaitu cuaca sejuk melampau yang menyebabkan sebahagian warga AS ketakutan untuk keluar rumah.

“Dalam rumah pun kami pasang pemanas paling tinggi, kalau keluar memang bahaya..dalam masa lima minit sudah boleh kena frostbite.

“Alhamdulillah sekarang cuaca sudah kembali normal, masa vorteks kutub sebelum ini, suhu jatuh sehingga -43 darjah Celsius di Iowa, antara tempat paling terkesan.

“Hari Ahad ini (hari ini) dijangka hujan dan suhu 10 darjah Celsius manakala Isnin (esok) dijangka turun -20 darjah Celsius, pertukaran memang ekstrem,” katanya.

ANGGOTA Perkhidmatan Rahsia berkawal dalam salji tebal di hadapan Rumah Putih, Washington DC. FOTO AFP

Menurutnya, sebaik kerajaan mengumumkan darurat, pengurusan universiti menghantar semua e-mel memberitahu universiti ditutup dari pagi Selasa sehingga Khamis.

“Memang banyak aktiviti tergendala tetapi pensyarah ganti kelas secara dalam talian.

“Perkhidmatan bas pun kurang manakala universiti pun ada bagi makanan percuma untuk penuntut yang tinggal dalam kampus supaya mereka tidak perlu keluar beli makanan,” katanya.

Katanya, walaupun duduk dalam rumah mereka memakai baju dan seluar haba sepanjang masa.

DUA pelancong mengheret bagasi mereka dalam salji tebal ketika melalui Lafayette Park di Washington DC. FOTO AFP

“Ada kawan yang kena keluar kerja di bahagian perkhidmatan makanan pakai baju sehingga tiga lapis,” katanya.

Menurutnya, sebahagian Amerika Barat sudah diberikan amaran kecemasan termasuk Illinois, Iowa, Minnesota, Michigan, Wisconsin, Indiana dan paling teruk di Chicago dan Illinois berikutan berangin.

“Polar vortex ini macam pengalaman sekali seumur hidup, selama ini suhu paling rendah yang kami pernah rasa pun -30 darjah Celsius tapi yang ini memang lain macam.

“Ada ramai juga yang meninggal terutama gelandangan. Memang kasihan, tetapi ada inisiatif daripada penduduk sekitar yang buat kutipan derma untuk tempatkan gelandangan di hotel,” katanya.

LANDASAN kereta api terpaksa dibakar bagi membolehkan gerabak melaluinya di Chicago, Illinois. FOTO EPA
Sumber : Harian Metro

Recent Posts

  • Info
  • Trending

Boleh Ke Isteri Ambil Duit Suami Senyap-Senyap? Ini Penjelasannya

Menurut Ustazah Asma’ lagi, berdasarkan kitab Mughni al-Muhtaj, terdapat tujuh keperluan nafkah yang wajib suami…

12 hours ago
  • Hiburan
  • Trending

“Sepadan Betul”- Ramai Beri Restu Lepas Lihat Video Bella Astillah & Daniesh Suffian

Ramai di kalangan netizen berpendapat Bella Astillah dan Daniesh Suffian adalah sepadan serta tidak menolak…

12 hours ago
  • Trending

“Vokal Dia Power!” – Suara Serak Basah Jadi Tumpuan, Ramai Puji Nyanyian Buskers Cover Lagu Nidji [Video]

Pemuzik jalanan dikenali sebagai Genji Buskers bersama Kazim Band dilihat sedang mempersembahkan nyanyian lagu sekitar…

13 hours ago
  • News
  • Trending

Pengantin Pakai Seksi & Tak Tutup Aurat Semasa Akad Nikah Budaya Jahiliah, Kata Mufti Pulau Pinang

Sebelum ini, seorang pelakon wanita dikritik kerana berpakaian seksi dan terdedah semasa melangsungkan majlis akad…

13 hours ago
  • Trending

Anak Sulung Rasa Bagai Disisih Ibu Bapa, Lukisan Si Kecil Buat Ibu Luluh Hati [Video]

Seorang ibu dikenali sebagai Intan berkata dia berasa sedih melihat lukisan anak sulung yang menggambarkan…

13 hours ago
  • Trending

Dejavu! Tular Lagi Video Axia Terbawa Nozel Pam Selepas Isi Minyak

Kejadian tersebut dipercayai berlaku di salah sebuah stesen minyak di Bukit Sentosa, Rawang, Selangor pada…

13 hours ago