Tik Tok Diharamkan di India
Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami! Follow Kami
TIKTOK, aplikasi perkongsian video dengan lebih setengah bilion pengguna di seluruh dunia, telah disekat di India selepas mahkamah memutuskan ia berpotensi mendedahkan kanak-kanak kepada kandungan yang tidak sesuai.
Aplikasi itu, yang sangat popular di kalangan remaja, sudah tidak dapat dimuat turun dari Apple dan Google, malah ia dikatakan telah dibuang dari kedua-dua platform berkenaan pada Selasa, lapor CNN.
Kerajaan India dilaporkan meminta Apple dan Google untuk menyekat TikTok selepas mahkamah tinggi di Madras mengeluarkan amaran yang ia boleh mendedahkan kanak-kanak kepada pedofilia, kandungan lucah dan buli siber.
Kementerian Teknologi India belum mengeluarkan sebarang kenyataan rasmi buat masa ini.
Sumber : Awani.com