Tempoh ‘Amaran’ Merokok Di Premis Makan Dilanjutkan
Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami! Follow Kami
Pada awal tahun 2019, larangan merokok 3m dari tempat makan telah dikuatkuasakan, dan setakat ini belum ada lagi saman yang dikeluarkan kerana tempoh 6 bulan pertama adalah tempoh ‘amaran’. Dalam kenyataan Dr Dzulkefly semalam, tempoh ‘amaran’ ini akan dilanjutkan selama 6 bulan lagi iaitu hingga akhir Disember.
Melalui tinjauan yang telah dijalankan melalui kajian pihak Persatuan Kanser Kebangsaan Malaysia yang bermula pada 1 April hingga 17 April 2019, dengan melibatkan 173 kawasan di sekitar Kuala Lumpur dan Putrajaya, secara puratanya 170 (98%) tempat makan tidak menyediakan tempat abu rokok di dalam kawasan yang diwartakan dan 131 (76%) tempat makan mempunyai tanda larangan yang jelas, 104 (60%) tempat makan adalah 100% bebas daripada sebarang aktiviti merokok, manakala 69 (40%) tempat makan lagi hanya mempunyai tidak lebih daripada tiga orang merokok.
Rata-rata masyarakat di Malaysia telah mematuhi larangan ini dengan baik dan pada masa yang sama, ia telah dapat memberi impak yang positif dengan semakin ramai warga Malaysia dapat menikmati udara bersih dan persekitaran temapat makan yang lebih selesa. Ini menunjukkan komitmen rakyat Malaysia mematuhi peraturan ini.
Bagi memberikan peluang yang secukupnya kepada perokok ini untuk meningkatkan pengetahuan dan kesedaran tentang bahayanya kesan merokok serta kawasan larangan merokok, tempoh aktiviti penguatkuasaan pendidikan ini akan dilanjutkan lagi bagi tempoh enam bulan sehingga akhir Disember 2019.
Rata-rata perokok tentunya menyambut baik pengumuman ini manakala sejumlah besar mungkin merasakan tindakan ini tidak wajar kerana ia patut disegerakan memandangkan ia melibatkan kesihatan perokok pasif yang terhidu asap rokok, terutamanya bayi dan kanak-kanak.
Apa yang diharapkan adalah perokok yang cuba berhenti merokok dapat melihat usaha ini sebagai pemangkin untuk membantu mereka berhenti merokok dan bukan pula sebaliknya ya!
Sumber: Sirap Limau