fbpx
Now Reading
Staff Wisma Felcra Diarah Kerja Dari Rumah Kerana Covid-19

Staff Wisma Felcra Diarah Kerja Dari Rumah Kerana Covid-19

Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami! Follow Kami

Felcra Berhad hari ini mengeluarkan satu arahan kepada semua kakitangan mereka untuk bekerja dari rumah susulan seorang dari Ahli Lembaga Pengarah Syarikat berkenaan telah disahkan positif COVID-19.

Ketua Pegawai Eksekutif Felcra, Mohd Nazrul Izam Mansor dalam satu kenyataan berkata, buat masa ini, keadaan di Felcra masih lagi terkawal dan tiada simptom ditemui dalam kalangan kakitangan.

“Semua kakitangan diminta bersabar dan bekerjasama dalam mematuhi langkah- langkah pencegahan yang sedang diambil.

“Semua aktiviti dan operasi di peringkat ibu pejabat telah dihentikan serta-merta bermula hari ini, 4 Mac 2020 sehingga Jumaat, 6 Mac 2020 bagi membolehkan kerja-kerja pembersihan dan sanitasi dibuat secara menyeluruh.

“Untuk itu, semua kakitangan di ibu pejabat telah diarahkan untuk bekerja dari rumah (work from home) dan dinasihatkan untuk tidak ke luar daerah supaya mudah untuk dihubungi,” katanya dalam kenyataan media pada Rabu.

Memetik Awani , Ahli Lembaga Pengarah Syarikat berkenaan yang positif Covid-19 dimaklumkan berada di dalam bangunan Wisma Felcra pada 25 Februari 2020.

“Pada masa yang sama, pihak syarikat telah mengenal pasti kakitangan yang mempunyai kontak rapat dengan individu berkenaan dan kesemua mereka kini sedang membuat ujian saringan kesihatan di hospital berdekatan.

“Sehingga kini, mereka masih di dalam self-quarantine sehingga pihak hospital dapat memberi keputusan bagi ujian saringan tersebut,” tulisnya lagi

Pengurusan Felcra sentiasa berhubung dengan Kementerian Kesihatan Malaysia dari semasa ke semasa selain mengambil langkah-langkah waspada seperti yang dinasihatkan pada kadar segera.


© 2022 BuzzKini. All Rights Reserved.