fbpx
Now Reading
Malaysia Akur Arab Saudi Minta Tangguhkan Haji

Malaysia Akur Arab Saudi Minta Tangguhkan Haji

Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami! Follow Kami

Arab Saudi pada petang Selasa telah menggesa umat Islam untuk menangguhkan rancangan menunaikan haji sehingga wabak Covid-19 berjaya dikawal.

Walaupun perkara ini dilihat agak mengejutkan namun kerajaan Malaysia dan pastinya semua kerajaan islam seluruh dunia akur dengan pendirian negara tersebut.

Memetik Metro, Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), Ahmad Marzuk Shaary berkata mereka yakin kerajaan Arab Saudi lebih memahami keadaan di sana namun pihaknya akan mengikut rapat perkembangan dari semasa ke semasa.

“Justeru, saya berharap umat Islam yang berhasrat dan sudah membuat persiapan boleh menerima keputusan ini dan bersabar.

“Mudah-mudahan mereka (bakal jemaah haji) juga dikira sebagai orang yang mendapat ganjaran pahala kerana sudah mula dengan niat baik, namun terdapat halangan tertentu.

“Biasanya, mereka yang bakal menunaikan ibadat haji tahun ini sudah dimaklumkan awal dan sudah mendapat surat untuk persediaan,” katanya ketika dihubungi.

Menurut beliau lagi perkara itu akan dimaklumkan kepada semua agensi berkaitan sebagai persediaan sebelum dimaklumkan kepada bakal jemaah.

Terdahulu, selain dari menangguhkan semua aktviti haji dan umrah, kerajaan Arab Saudi juga bertindak melakukan ‘lockdown’ dengan menghentikan semua penerbangan antarabangsa malah menyekat sebarang aktiviti keluar dan masuk beberapa bandar raya, termasuk di Mekah dan Madinah.

© 2022 BuzzKini. All Rights Reserved.