Ismail Sabri Jelaskan Kerajaan Belum Bercadang Isytihar PKP Di Seluruh Negara

Menteri Kanan (Kluster Keselamatan), Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob menerusi sidang media hari ini memaklumkan kerajaan ketika ini belum bercadang untuk mengisytiharkan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) di seluruh negara seperti sangkaan orang ramai.

Jelasnya ini kerana jumlah kes jangkitan yang dilaporkan hanya bertumpu kepada kawasan tertentu sahaja dan bukan bertebaran secara rawak.

“Kita tidak mengisytiharkan PKP kerana kalau kita lihat semalam, walaupun 287 kes, hari ini mungkin bertambah lagi agaknya. (Contohnya) 113 kes di Sabah melibatkan 35 dari Kluster Benteng yang berada dalam penjara, 129 kes di Kedah, 128 berada dalam penjara.

“Kalau kita tengok seluruh negara, di negeri-negeri ini, hanya Selangor saja yang 31 kes, belum sampai lagi tahap Zon Merah iaitu 40 kes. Negeri-negeri lain satu hingga tiga kes saja (misalnya) Perlis 0 kes, Johor KL Pahang Labuan satu kes, Kelantan Negeri Sembilan dua kes dan Perak Terengganu tiga kes.

“Jadi kalau kita tengok satu ke dua kes setiap negeri, jadi (ia) tidak merupakan satu perkara yang membimbangkan,” katanya dalam Sidang Media Perkembangan PKP Pemulihan (PKPP) pada Sabtu

Kenyataan yang dikeluarkannya sedikit sebanyak menjawab tanda tanya orang ramai sama ada kerajaan bakal melaksanakan kembali PKP susulan dari peningkatan kembali kes yang begitu mendadak.

“Esok lusa mungkin ada orang lain akan kena COVID-19 ini.

“Jadi kalau satu dua kes kita akan lock satu negara, sampai bila pun negara negeri kita tidak boleh dibuka kerana PKP akan terus dikenakan di seluruh negara kerana satu dua kes ini,” tambahnya lagi.

Dalam pada itu beliau turut mengingatkan orang ramai agar terus menjaga SOP memandangkan vaksin Covid-19 belum lagi berjaya di hasilkan.

Tonton sidang media penuh di bawah :

Recent Posts

  • Trending

“Pelik Tapi Benar” – Rakaman Cara Ular Panjat Pokok Raih Perhatian Ramai [Video]

Lebih menarik lagi, reptilia itu juga dilihat sangat pantas memanjat pokok berkenaan meskipun tidak punyai…

18 mins ago
  • Trending

Wanita Mahu Calon Suami Bergaji RM9,000 Tarik Perhatian Ramai [Video]

Kebanyakan wanita yang ditemu bual YouTuber berkenaan berpendapat lelaki perlu mempunyai pendapatan antara RM3,000 hingga…

2 hours ago
  • Trending

Lelaki Cuci Tempat Ambil Wuduk Yang Berlumut Sebelum Solat Raih Pujian Ramai [Video]

Dalam video sama, turut kelihatan lelaki itu menukarkan beberapa kepala paip baharu di tempat mengambil…

3 hours ago
  • News
  • Trending

Thailand Larang Nikah Bawah Umur Selepas Kes Lelaki Malaysia Kahwini Kanak-kanak Perempuan 11 Tahun

Pihak berkuasa agama Thailand turut memerintahkan pasangan itu untuk menjalani 'mufaraqah' iaitu hidup berasingan suami…

3 hours ago
  • News
  • Trending

Sekolah Akan Ditutup Jika Suhu Lebih 37 Darjah Celsius 3 Hari Berturut-Turut

Walau bagaimanapun, penutupan itu bergantung kepada situasi semasa dan kawasan terlibat.

4 hours ago
  • Trending

Faisal Halim Disimbah Asid, Pelaku Dipercayai Naik Motosikal Curi

Menurut wartawan sukan, T Avineshwaran, Presiden Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) memandang serius perkara ini…

19 hours ago