fbpx
Now Reading
Rumah Terbakar, Mayat Lelaki Warga Emas Ditemui ‘Rentung’ Di Bilik Tengah

Rumah Terbakar, Mayat Lelaki Warga Emas Ditemui ‘Rentung’ Di Bilik Tengah

Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami! Follow Kami

Seorang lelaki warga emas berusia 78 tahun itu meninggal dunia di kediaman rumahnya di Jalan Selat, Teluk Intan awal pagi tadi.

Kejadian yang berlaku pada jam 4.30 pagi itu, melibatkan kediaman rumah milik Tan Ah Lang musnah dijilat api sekaligus meragut nyawanya yang ditemui dalam keadaan rentung, kemudian mayatnya dijumpai di atas katil dalam sebuah bilik ketika operasi menyelamat dijalankan pada waktu itu.

Kredit: Sinar Harian

Menurut Ketua Balai Bomba Dan Penyelamat Teluk Intan, Penolong Penguasa Bomba Mohd Ismail Mohd Yunus berkata, pihaknya menerima laporan membabitkan kebakaran dua rumah jenis dua tingkat pada jam 4.42 pagi.

“Semasa tiba di lokasi kejadian, api sedang marak, sebuah rumah musnah 90 peratus manakala sebuah lagi terbakar 10 peratus.

“Seorang lelaki ditemui rentung didalam sebuah bilik di bahagian tengah rumah pada jam 6.30 pagi,” katanya.

Kredit: mStar

Susulan kes itu, mayat mangsa diserahkan kepada pihak polis untuk siasatan lebih lanjut katanya lagi.

“Operasi pemadaman masih dijalankan dengan bantuan anggota dan pegawai Balai Bomba Dan Penyelamat Hutan Melintang dan Pasukan Sukarela Teluk Intan,” katanya lagi.

© 2022 BuzzKini. All Rights Reserved.