fbpx
Now Reading
Anggota Polis Trafik Bantu Warga Emas Raih Pujian Ramai [Video]

Anggota Polis Trafik Bantu Warga Emas Raih Pujian Ramai [Video]

Menerusi video tersebut, kelihatan anggota polis berkenaan menunggu warga emas berkenaan dengan sabar sehingga dia dapat berjalan dengan baik selepas turun dari motosikalnya.

Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami! Follow Kami

Amalan membantu antara satu sama lain merupakan satu sikap yang murni dan perlu dicontohi oleh semua orang.

Tidak kiralah pangkat atau setinggi mana darjat seseorang itu, amalan yang baik pasti akan sentiasa disenangi ramai.

Malah tindakan yang baik ini secara tidak langsung dapat mengurangkan beban seseorang yang mungkin sedang berada dalam kesusahan.

Anggota polis bantu warga emas

Baru-baru ini, tular di media sosial satu video memaparkan seorang anggota polis trafik yang sedang membantu seorang wanita warga emas sehingga menjadi perhatian ramai.

Menerusi video yang dikongsikan di Facebook, kelihatan anggota polis berkenaan telah menumpangkan warga emas berkenaan untuk menaiki motosikalnya di Masjid Muhammadiah, Kota Bharu.

Sampai di destinasi kelihatan warga emas berkenaan mengalami sedikit kesukaran untuk turun dari motosikal berkenaan, mungkin atas faktor badan yang sudah dimamah usia pergerakannya menjadi sedikit lambat.

Kelihatan makcik alami kesukaran untuk stabilkan diri kerana sudah tua

Namun kelihatan anggota polis berkenaan dengan sabar menanti, malah turut membiarkan makcik berkenaan merangkul tangannya untuk membantu dia turun dari motosikal itu.

Makcik itu kemudian berjalan secara perlahan-lahan untuk menstabilkan diri sebelum melepaskan tangan anggota polis berkenaan.

Kelihatan penampilan makcik tersebut seperti sedang mengalami kesusahan apabila kelihatan kakinya seperti dibalut dengan sesuatu seperti plastik.

Dia kemudian berjalan dengan pelahan-lahan menuju ke suatu tempat sebelum anggota polis berkenaan beredar.

Tindakan anggota polis berkenaan kemudiannya telah menarik perhatian ramai dan rata-rata memuji sikapnya kerana membantu warga emas tersebut yang dipercayai sedang berada dalam kesulitan.

Tidak kurang juga ramai yang mendoakan agar mereka sentiasa dilindungi Allah SWT.

“Semoga pihak makcik dan polis mendapat lindungan illahi”

“Kesiannya dekat makcik tu, terima kasih abang polis. Semoga dipermudahkan urusan mu”

View Comments (0)

Leave a Reply

© 2022 BuzzKini. All Rights Reserved.