Muslim Pro Nafi Jual Data Namun Akui Baru Jalin Hubungan Niaga Dengan X-Mode 4 Minggu Lalu

Selepas teruk dikecam dan kehilangan banyak pengguna aktif, pembangun aplikasi Muslim Pro, tampil menolak dakwaan bahawa pihaknya menjual sebarang data privasi pengguna kepada Tentera Amerika Syarikat.

Menerusi satu kenyataan rasmi, Bitsmedia menjelaskan lebih 10 menjadi aplikasi pilihan, Muslim Pro sangat komited dalam menjaga maklumat dan privasi kesemua pengguna mereka.

“Pada 16 November 2020 Vice media melaporkan aplikasi Musli Pro telah menjual data peribadi penggunanya kepada Tentera Amerika Syarikat

“Perkara ini tidak tepat dan tidak betul. Perlindungan terhadap privasi pengguna Muslim Pro adalah keutamaan kami

“Sebagai antara aplikasi paling dipercayai pengguna Muslim sejak 10 tahun lalu, kita memastikan standard privasi terbaik dan perlindungan data peribadi, dan tidak pernah berkongsi maklumat peribadi pengguna,” menurut kenyataan itu lagi.

Menerusi kenyataan sama mereka kini juga sedang melakukan siasatan dalaman serta akan menilai kembali segala polisi pengurusan data untuk memastikan maklumat peribadi pengguna diuruskan dengan sewajarnya.

Selan itu mereka juga memaklumkan sudah memutuskan hubungan perniagaan bersama X-Mode serta merta yang baru dijalinkan 4 minggu lalu.

Terdahulu nama Muslim Pro menjadi trending di seluruh dunia selepas Vice melaporkan aplikasi berkenaan membekalkan jutaan data peribadi penggunannya kepada Tentera AS menerusi pihak ketiga iaitu broker data X-Mode.

Antara data yang dimaksudkan adalah lokasi pengguna, nama Wifi yang digunakan selain maklumat penting seperti jenis peranti dan banyak lagi.

Selain Muslim Pro beberapa lagi aplikasi turut dikatakan terlibat antaranyaaplikasi Muslim Mingle, Craiglist dan banyak lagi.

Baca artikel berkaitan :

Recent Posts

  • Trending

“Harap Ayah Happy” – Bapa Terharu Si Anak Hadiahkan Motosikal Jenis Honda Vario [Video]

Menerusi video tersebut, meskipun gembira menerima hadiah namun masih kelihatan si bapa seperti bimbang pemberian…

16 hours ago
  • Trending

Lelaki Dakwa Puluhan Kereta Tersadai Di Highway Karak, Gara-gara Paku Atas Jalan [Video]

Dalam satu lagi video berasingan yang dikongsikan Mohd Faiz, dia mendakwa bahawa kesemua kereta tersebut…

18 hours ago
  • Hiburan
  • Trending

“Tiada Duta Tempatan” – Dikritik Selepas Ruhainies Tag Gambar Di IG, Godiva Tampil Beri Penjelasan

Penafian tersebut dilakukan Godiva Malaysia, selepas orang ramai mendakwa syarikat berkenaan mengambil Ruhainies sebagai duta…

18 hours ago
  • Trending

Perlu Beli Barang Lain Jika Nak Beli 2 Paket Minyak Masak, KPDN Perak Serbu Kedai Runcit [Video]

Menurut Timbalan Menteri KPDN, Fuziah Salleh melakukan jualan bersyarat adalah satu kesalahan di bawah Akta…

19 hours ago
  • News
  • Trending

Menteri Besar Perlis Tak Ditahan, Hanya Dipanggil SPRM Untuk Beri Keterangan

Sebelum ini, media melaporkan MB Perlis ditahan SPRM selepas hadir untuk memberi keterangan kepada pihak…

20 hours ago
  • News
  • Trending

“Tiada Bukti Kukuh” – Kes Guru MRSM Pedofilia Diklasifikasi Fitnah, Polis Siasat Penulis

Menurut Ketua Polis Kelantan, pihaknya kini membuka siasatan mengikut Seksyen 233 Akta Komunikasi dan Multimedia…

21 hours ago