fbpx
Now Reading
Remaja Lempar Kucing Demi Konten TikTok Akhirnya Ditangkap

Remaja Lempar Kucing Demi Konten TikTok Akhirnya Ditangkap

Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami! Follow Kami

Baru-baru ini tular satu video memperlihatkan aksi keterlaluan seorang remaja yang melempar kucing demi konten di aplikasi TikTok.

Aksinya menimbulkan kemarahan orang ramai termasuklah Persatuan Haiwan Malaysia yang meminta orang ramai membantu mengesan remaja tersebut supaya dapat dikenakan tindakan.

Namun sejak semalam tular di media sosial mengatakan pemuda berkenaan sudahpun ditahan pihak berkuasa.

Terbaru petang selasa, Ketua Polis Daerah Lawas, Deputi Superintendan Roslan Leman mengesahkan penangkapan lelaki berkenaan.

Foto tular yang mendakwa remaja berkenaan sudah ditahan polis semalam

Menurut Roslan Lemak, suspek berusia 19 tahun dari Kampung Aru Baru, Sundar, Lawas, ditahan di kediamannya jam 9 pagi.

“Suspek mengaku ada merakam klip video TikTok bersama seorang rakan di Water Front Sundar pada 4 Disember lalu.

“Semasa merakam video TikTok, suspek mengaku ada menggendong seekor kucing kemudian melempar ke belakang ke dalam semak yang berumput,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Tambah Roslan lagi, suspek bagaimanapun mendakwa dia berbuat sedemikian kerana terkejut selepas kucing ituu meronta-ronta untuk melepaskan diri.

“Untuk mengelakkan tercedera akibat gigitan atau dicakar, suspek mendakwa terpaksa bertindak demikian.

“Suspek diberi jaminan polis memandangkan dia seorang pelajar,” katanya.

Kes disiasat mengikut Seksyen 428 Kanun Keseksaan/ Seksyen 233 Akta Komunikasi dan Multimedia (AKMM)1998.

© 2022 BuzzKini. All Rights Reserved.