fbpx
Now Reading
PKP 2.0 Seluruh Negara Kecuali Sarawak Dilanjutkan Sehingga 18 Februari 2021

PKP 2.0 Seluruh Negara Kecuali Sarawak Dilanjutkan Sehingga 18 Februari 2021

Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami! Follow Kami

Dapatkan isu trending, berita semasa dan berita hiburan terhangat dan terpantas menerusi telegram disini !


Kerajaan hari ini bersetuju melanjutkan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) 2.0 di seluruh negara kecuali di negeri Sarawak yang dijadual tamat pada khamis ini, 4 februari 2021 kepada 18 Februari 2021.

Keputusan itu diumumkan Menteri Kanan (Keselamatan), Dato’ Seri Ismail Sabri Yaakob menerusi Sidang Media Harian yang disiarkan secara langsung di media sosial dan televisyen.

“KKM juga membentangkan penilaian risiko PKP2.0 yang sedang dilaksanakan di semua negeri di semenangjung dan Sabah yang dijadualkan berakhir pada 4 Februari 2021.

“KKM mengesahkan kes harian di semua negeri ini masih menunjukkan trend peningkatan dengan kadar positiviti dalam kluster adalah 20% – 40-% . Selain dari itu penularan jangkitan sporadik dalam komuniti juga tinggi yang melibatkan warganegara dan bukan warganegara.

“Sehubungan dengan itu, disaat penilaian risiko KKM, sidang khas hari ini bersetuju untuk melanjutkan PKP di seluruh negara bermula 5 hingga 18 Februari di seluruh negara kecuali di negeri Sarawak yang kekal di bawah PKPB, kecuali di kawasan di Sarawak yang diisytiharkan di bawah PKPD” kata beliau.

Rentas negeri tidak dibenarkan

Dalam pada itu Ismail Sabri turut memaklumkan sebarang aktiviti rentas negeri dan aktiviti sosial masih lagi tidak dibenarkan.

Jelas beliau keputusan itu dibuat berikutan peningkatan kes dan kluster membabitkan aktiviti rentas negeri.

“Saya nak maklumkan setiap keputusan yang dibuat adalah berdasarkan data yang telah pun dikeluarkan oleh Kementerian Kesihatan (KKM).

“Rentas negeri sehingga har ini apabila kita buka rentas negeri suatu ketika dahulu, ianya menyumbang kepada kes positif dan terdapat 31 kluster berkaitan rentas negeri.

“Sebab itu kita memberikan penekanan rentas negeri tidak boleh diberikan (kerana) ianya memberikan peningkatan kes positif,” jelas beliau lagi.

© 2022 BuzzKini. All Rights Reserved.