Lelaki Bidas Kenyataan Pasangan China Dakwa Makanan Malaysia Tak Sedap Sampai Boleh Kurus [Video]
Menurut lelaki itu, pasangan dari China berkenaan sepatutnya mengkaji terlebih dahulu tempat makan yang sedap di Malaysia sebelum mengeluarkan kenyataan berbaur hinaan sebegitu.
Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami! Follow Kami
Malaysia sememangnya terkenal dengan kepelbagaian makanan yang diminati oleh rata-rata rakyat di negara ini.
Bahkan, kebanyakan makanan di Malaysia juga digemari oleh kebanyakan pelancong dari luar negara.
Lihat sahaja bagaimana sepasang suami isteri dari Jepun yang juga YouTuber terkenal, iChang sanggup berpindah dari Hong Kong ke Malaysia untuk menerokai keindahan alam dan keenakan makanan di negara ini.
Tular video sepasang suami isteri dari China dakwa makanan Malaysia tidak sedap
Bagaimanapun, baru-baru ini tular di media sosial video sepasang suami isteri dari China yang datang ke Malaysia mendakwa bahawa makanan-makanan di negara ini tidak sedap.
Menerusi perkongsian video yang dimuat naik di akaun X @mandarinjer, pasangan terbabit turut mendakwa mi segera yang ada dijual di Malaysia juga tidak sedap jika dibandingkan dengan mi segera dari China.
Cadang pelancong China untuk bawa makanan sendiri ke negara ini
Susulan itu, lelaki terbabit dan isterinya mencadangkan agar pelancong-pelancong dari China untuk membawa mi segera atau makanan lain sebelum ke negara ini.
“Datang Malaysia kena bawa mi segera, dekat sini bukan sahaja kedai makan tak sedap, mi segera dekat sini pun tak sedap.
“Awak perlu bawa mi segera yang kena dengan selera awak dari rumah (China),” kata pelancong itu.
Siap sindir boleh kurus kalau duduk di Malaysia kerana makanan tak sedap
Malah, isterinya juga menyindir dengan mengatakan dia sudah kurus sejak beberapa hari berada di negara ini kerana makanan-makanan yang tidak sedap.
“Tak ngam makanan dekat sini (Malaysia), saya dekat sini berapa hari dah kurus. Kalau nak kurus datang lah Malaysia,” katanya lagi.
Lelaki bidas kenyataan dan sindiran pasangan warga asing terbabit
Susulan itu, seorang lelaki yang berada di Kuching, Sarawak telah tampil membidas kenyataan serta sindiran pasangan terbabit terhadap makanan-makanan di Malaysia.
Menurut lelaki berkenaan, video yang dibuatnya itu bukanlah untuk menegur semua warga China, sebaliknya ditujukan khas kepada pasangan terbabit sahaja.
“Di Kuching ramai peniaga dari China, terutamanya yang berniaga makanan. Orang China yang saya kenal kebanyakannya baik-baik dan mudah menyesuaikan diri dengan budaya setempat.
“Tapi hanya anda berdua suami isteri dari China yang datang ke Malaysia untuk ‘complain’ makanan tak sedap, sanggup makan mi segera.
“Saya pun pernah pergi ke China, banyak sahaja makanan yang saya rasa tak sedap bagi saya. Awak cakap sedap, bagi kami tak sedap, kenapa? sebab kami tak buat ‘research’, kami tak tahu dekat mana makanan sedap,” kata lelaki terbabit.
Sepatutnya buat ‘research’ dahulu tentang kedai makan yang sedap di Malaysia
Menurutnya lagi, pasangan terbabit juga sepatutnya mengkaji terlebih dahulu tempat makan yang sedap di Malaysia sebelum mengeluarkan kenyataan berbaur hinaan sebegitu.
“Orang China yang datang ke Malaysia ramai, hanya anda berdua sahaja yang buat perangai sampai orang China pun malu dengan anda, datang Malaysia menjatuhkan air muka sahaja, siap buat video lagi,” ujarnya lagi.
Laki Bini Biadap dari China Kata Makanan Malaysia Tak Sedap
— Mandarinjer (@mandarinjer) February 1, 2024
Katanya sanggup bawa Mee Maggie dari negara asal
sekali Brother Chinese Malaysian Sound Balik siap maki2 lagi
Mantap dia sound balik pic.twitter.com/8Mqktgpq0h
Baca Artikel Berkaitan: Influencer Asal Korea, Tara Choi Akui Durian Malaysia Lagi Sedap Dari Thailand [Video]