fbpx

“Cina Boleh Poligami Ke?” – Tauke Mi Kolok Kahwin 2 Wanita Serentak Raih Perhatian

Perkahwinan lelaki dari Sarawak itu telah menarik perhatian orang ramai memandangkan agak jarang melihat seorang lelaki berbangsa Cina mengamalkan poligami.

Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami! Follow Kami

Hari ini (12 Mac), tular di media sosial mengenai berita seorang lelaki berbangsa Cina di Kuching, Sarawak yang menikahi dua wanita dalam satu masa.

Menerusi laporan Borneo Network di laman Facebook, lelaki yang dikenali sebagai Lim Soo Kien itu mengahwini wanita-wanita terbabit selepas jatuh cinta dengan kedua-duanya.

Pernikahan Lim dan isteri-isteri berlangsung malam semalam

Difahamkan, majlis perkahwinan Lim yang juga seorang ‘tauke’ mi kolok bersama isteri-isterinya iaitu Ivy Ong dan Dewi Kartika telah berlangsung pada malam tadi (11 Mac) di sebuah restoran di Jalan Simpang Tiga, Kuching.

Beberapa gambar sekitar majlis perkawinan Lim dan isteri-isterinya turut dikongsikan di dalam hantaran tersebut.

Gembira rai majlis pernikahan bersama keluarga dan kenalan rapat

Ketiga-tiga mempelai itu dilihat begitu gembira meraikan hari bahagia mereka sebagai raja sehari dengan dihadiri ahli-ahli keluarga dan kenalan rapat.

Malah, gambar Ivy dan Dewi yang duduk di atas katil sambil memegang sejambak bunga juga telah berjaya mencuri tumpuan ramai.

Perkongsian mengenai perkahwinan Lim itu telah menarik perhatian ramai orang memandangkan ia sesuatu yang amat jarang dilihat untuk seorang lelaki Cina melakukan poligami.

Rata-rata netizen ucap tahniah dan puji sifat jujur Lim

Memindai ke ruangan komen, rata-rata pengguna Facebook memberikan ucapan selamat pangantin baru kepada Lim dan isteri-isterinya itu.

Tidak hanya itu, ada juga yang memuji Lim kerana jujur menyatakan perasan cinta terhadap kedua-duanya dan sudi menikahi mereka tanpa perlu berselindung atau menipu.

Lebih menghiburkan, segelintir netizen juga berseloroh dengan menggelar Lim sebagai ‘Sifu’ selain meminta tips daripadanya.

Malah, ada juga pengguna media sosial yang mempersoal adakah bangsa Cina dibenarkan untuk berkahwin dua.

Bukan Muslim hanya boleh kahwin 1

Dalam pada itu, Menteri Pembangunan Wanita, Kanak-kanak dan Kesejahteraan Komuniti Sarawak, Datuk Seri Fatimah Abdullah berkata, sistem perkahwinan sivil di negeri itu menetapkan seorang suami bukan Muslim hanya dibenarkan mempunyai satu isteri sahaja untuk didaftarkan di bawah Jabaan Pendaftaran Negara (JPN).

Tambah beliau lagi peraturan sama turut diguna pakai bagi perkahwinan adat membabitkan pasangan bukan Islam.

“Saya tidak mengetahui tentang ini (kisah perkahwinan seorang peniaga mi kolok dengan dua gadis di Kuching semalam) tetapi dari segi undang-undang, kita ada perkahwinan sivil dan adat yang ada peraturannya.

“Di bawah perkahwinan itu ada peraturannya iaitu satu isteri untuk seorang suami (bukan Islam),” katanya dipetik Borneo Network.

Beliau dalam masa sama turut menjelaskan tidak mengetahui sama ada acara yang tular itu adalah majlis perkahwinan atau makan malam persandingan.

“Saya tidak tahu acara itu sama ada perkahwinan atau majlis makan malam persandingan. Ini juga di luar bidang kementerian saya. Namun, dalam sistem JPN sudah jelas hanya satu isteri sahaja, kahwin adat pun satu.

“Bagi saya biarlah dia sendiri yang menyelesaikan masalahnya kerana kalau ikut sistem kita di sini satu saja,” tambahnya dalam nada berseloroh.

View Comments (0)

Leave a Reply

© 2022 BuzzKini. All Rights Reserved.