Cipta Sejarah Baru Negara, Pandelela Raih Emas Di Piala Dunia Terjun FINA 2021
Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami! Follow Kami
Ratu terjun negara, Pandelela Rinong hari ini mencipta sejarah apabila menjadi menjadi rakyat Malaysia pertama yang memenangi Emas di Kejohanan Piala Dunia Terjun FINA 2021 yang berlangsung di Jepun.
Dia yang sedang dalam persediaan ke Sukan Olimpik Tokyo tidak mensia-siakan ketiadaan penerjun-penerjun dari Korea Utara, China dan Australia dengan menampilkan aksi yang jitu di pusingan akhir bagi acara terjun 10 meter platform individu wanita.
Dan hasilnya dia berjaya menundukkan para pencabarnya dengan mengumpul mata keseluruhan sebanyak 355.70 di kejohanan yang berlangsung di Pusat Akuatik Tokyo, Jepun itu.
Penerjun tuan rumah, Matsuri Arai (342.00) yang ketinggalan 13.70 mata berada di kedudukan kedua manakala penerjun Canada, Caelia Mckay (338.55 mata) di tempat ketiga diikuti penerjun Andrea Spendolini(333,90 mata) di tempat keempat.
Berita gembira tersebut turut dikongsikan seorang lagi penerjun negara, Dhabitah Sabri menerusi IG Storynya.
Tahniah kami ucapkan kepada Pandelela
‘