fbpx
Now Reading
Tak Sempat Nak Bakar Lemang, Anak Dah Bakar Kereta Si Ayah Dulu

Tak Sempat Nak Bakar Lemang, Anak Dah Bakar Kereta Si Ayah Dulu

Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami! Follow Kami

Sejak dulu lagi memang kita dah selalu dengar tentang kes melibatkan bunga api dan mercun yang kebiasaannya terjadi menjelang hari raya. Perkara ini dah semestinya merisaukan sebab boleh memudaratkan diri sendiri dan juga orang sekeliling.

Malahan ada juga yang jadi sebab dapat kurang pemantauan daripada orang lebih dewasa.

Hal ini secara tak langsung boleh dikaitkan dengan nasib malang yang menimpa lelaki ini selepas kereta miliknya rentung di depan rumah sendiri.

Foto: FB Mohd Mamat

Menerusi perkongsian pengguna Facebook Mohd Mamat di grup ‘IRDK (Kelantan) Original’, difahamkan semasa kejadian lelaki itu sedang keluar mencari kayu untuk membakar lemang.

Namun dia dikejutkan dengan satu panggilan dari si isteri yang memaklumkan bahawa keretanya telah terbakar.

Tambah Mohd Mamat, kejadian yang berlaku di Alor Pasir, Wakaf Bharu, Kelantan itu difahamkan berpunca dari bunga api yang dilemparkan oleh anak kepada lelaki tersebut ke dalam kereta.

Nasib baiklah api tak merebak sampai ke rumah. Kalau tak memang tak beraya lah tahun ni kan? 

Kalau boleh lepas ni ibu bapa selalulah jenguk dan pantau anak-anak semasa mereka main bunga api, sebab seperti yang kita semua tahu api ni kalau kecil memanglah kawan, tapi kalau dah besar terus jadi lawan.

© 2022 BuzzKini. All Rights Reserved.