Tan Sri Muhyiddin Bakal Letak Jawatan Esok?

Umum pasti mengetahui, selain isu Covid-19, satu lagi isu yang sedang hangat diperkatakan rakyat Malaysia ketika ini adalah mengenai kemelut politik yang sedang berlaku didalam negara.

Terbaharu hari ini, Bernama melaporkan Ahli Majlis Pimpinan Tertinggi (MPT) Bersatu Datuk Seri Mohd Redzuan Md Yusof mendedahkan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin dijangka bakal membuat satu pengumuman khas esok.

“Insya-Allah ada pengumuman (oleh Muhyiddin) apa pun kita tunggulah esok,” kata beliau yang juga Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Tugas-Tugas Khas) kepada pemberita seleapas mesyuarat khas Bersatu di Publika, Jalan Dutamas, Kuala Lumpur.

Mengulas mengenai tujuan mesyuarat tersebut diadakan, Redzuan berkata ianya bagi membincangkan hala tuju sekiranya Muhyiddin meletakkan jawatan sebagai perdana menteri.

“Perdana Menteri telah mengkaji setiap pilihan terakhir semata-mata untuk kepentingan rakyat dalam keadaan kita krisis hari ini. Tetapi kita akur kepada Perlembagaan, (dan) sekiranya menarik sokongan atas kepentingan peribadi tanpa mengira kepentingan rakyat, maka kita kena uruskanlah dengan yang terbaik.

“Itu terpulang kepada Yang di-Pertuan Agong untuk memastikan negara ini terus diterajui oleh kepimpinan yang boleh beri keprihatinan kepada rakyat,” katanya lagi

Bakal persembah surat perletakan jawatan?

Namun menerusi laporan Malaysiakini pula,  Redzuan memaklumkan Muhyiddin akan menyerahkan surat peletakan jawatannya kepada Yang di-Pertuan Agong pada hari isnin.

Jelas Redzuan, perkara tersebut dimaklumkan Perdana Menteri sewaktu di dalam mesyuarat bersama dengan ahli parlimen Bersatu pagi tadi.

“Esok akan ada mesyuarat khas kabinet sebelum Muhyiddin menghadap Agong untuk mempersembahkan surat peletakan jawatan,” kata Redzuan dipetik dari Malaysiakini

Tambahnya Muhyiddin juga sudah mencuba yang terbaik dalam mempertahankan keadaan dan kedudukan kerajaan namun ikhtiarnya itu tidak membuahkan hasil elepas bilangan ahli parlimen yang menyokongnya menyusut dan tidak mencukupi ntuk meraih majoriti di Dewan Rakyat.

“Maka ini adalah tindakan yang betul dan terhormat untuk Muhyiddin mengikut perlembagaan, dan terserah kepada Agong sama ada mahu menerima peletakan jawatan tersebut atau tidak,” katanya.

Perdana Menteri menerusi satu pengumuman khas Jumaat lalu telah menawarkan kerjasama rentas parti antara kerajaan Perikatan Nasional (PN) dan parti-parti lain, namun tawaran itu tidak siambut baik dan ditolak majoriti parti pembangkang.

Recent Posts

  • Trending

BJAK Tak Pernah Dapat Kelulusan Jalankan Perkhidmatan ‘Renew’ Cukai Jalan – JPJ

Menurut JPJ, tiada intergrasi sistem di antara sistem JPJ (MySIKAP) dengan sistem yang digunakan oleh…

18 mins ago
  • Trending

Peniaga Apam Balik Jadi Bidan Terjun, Baca Doa Di Kenduri Kahwin Buat Ramai Kagum [Video]

Apa yang menjadi perhatian adalah bacaan doa pemuda berkenaan yang lancar, penuh dengan lenggok dan…

60 mins ago
  • Trending

“Pelik Tapi Benar” – Rakaman Cara Ular Panjat Pokok Raih Perhatian Ramai [Video]

Lebih menarik lagi, reptilia itu juga dilihat sangat pantas memanjat pokok berkenaan meskipun tidak punyai…

2 hours ago
  • Trending

Wanita Mahu Calon Suami Bergaji RM9,000 Tarik Perhatian Ramai [Video]

Kebanyakan wanita yang ditemu bual YouTuber berkenaan berpendapat lelaki perlu mempunyai pendapatan antara RM3,000 hingga…

3 hours ago
  • Trending

Lelaki Cuci Tempat Ambil Wuduk Yang Berlumut Sebelum Solat Raih Pujian Ramai [Video]

Dalam video sama, turut kelihatan lelaki itu menukarkan beberapa kepala paip baharu di tempat mengambil…

4 hours ago
  • News
  • Trending

Thailand Larang Nikah Bawah Umur Selepas Kes Lelaki Malaysia Kahwini Kanak-kanak Perempuan 11 Tahun

Pihak berkuasa agama Thailand turut memerintahkan pasangan itu untuk menjalani 'mufaraqah' iaitu hidup berasingan suami…

5 hours ago