fbpx
Now Reading
Genting Highlands, Pulau Tioman & Melaka Bakal Dibuka – Menteri Pelancongan

Genting Highlands, Pulau Tioman & Melaka Bakal Dibuka – Menteri Pelancongan

Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami! Follow Kami

Selepas Langkawi, Kementerian Pelancongan, Seni dan Budaya hari ini mendedahkan tiga lagi destinasi bakal menjadi destinasi baharu bagi pelaksanaan gelembung pelancongan domestik.

Menurut Menteri Pelancongan, Datuk Seri Nancy Shukri tiga destinasi yang dimaksudkan adalah Genting Highlands, Pulau Tioman dan Melaka.

Keputusan tersebut dilakukan selepas Mesyuarat Menteri Kuartet petang tadi selepas melihat perkembangan positif Projek Rintis Gelembung Pelancongan di Pulau Langkawi.

“Hari ini kita telah luluskan tiga destinasi lagi (Genting Highlands, Pulau Tioman dan Melaka), ia akan dibawa ke mesyuarat sidang khas (Mesyuarat Jawatankuasa Khas Menangani COVID-19) esok,” kata Nancy kepada media usai Mesyuarat Menteri Kuartet.

Mungkin dibuka 1 Oktober namun keputusan akan diteliti Jawatankuasa Khas Pengurusan Covid-19

Menurut laporan Harian Metro ketigat-tiga destinasi ini dijangka bermula 1 Oktober ini.

Namun keputusan tersebut akan diteliti di peringkat Jawatankuasa Khas Pengurusan Pandemik Covid-19 yang dipengerusikan oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob pada esok hari, 22 September.

Difahamkan hasil dari keputusan berkenaan akan diusulkan ke Jawatankuasa Pengurusan Covid-19 yang akan dipengerusikan Perdana Menteri Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob esok hari , 22 September.

Namun menurut Nancy, keputusan tersebut akan diteliti di peringkat Jawatankuasa Khas Pengurusan Pandemik Covid-19 yang dipengerusikan oleh Perdana Menteri. Foto : Malaymail

“Dalam tempoh dua minggu, destinasi ini akan bersiap sedia untuk beroperasi semula.

“Kementerian bersama Jawatankuasa Khas akan memperhalusi prosedur operasi standard (SOP) dalam mesyuarat Jawatankuasa Khas esok membabitkan ujian saringan memandangkan Melaka agak besar.

“Kementerian juga akan membentangkan tambahan destinasi pelancongan lain yang bukan hanya tertumpu di pulau tetapi di tanah besar,” katanya lagi.

© 2022 BuzzKini. All Rights Reserved.