fbpx
Now Reading
Anggota Bomba Dihanyut Arus Deras Sewaktu Misi Menyelamat Meninggal Dunia

Anggota Bomba Dihanyut Arus Deras Sewaktu Misi Menyelamat Meninggal Dunia

Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami! Follow Kami

Seorang Anggota Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Melaka Tengah yang dilaporkan lemas sewaktu misi menyelamat di Sungai Putat, Melaka difahamkan telah disahkan meninggal dunia pada awal pagi tadi.

Menurut Pengarah Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Melaka Abu Bakar Katain dalam satu kenyataan, PBK II (KUP) Mohd Diya Che Jusoh difahamkan menghembuskan nafasnya yang terakhir pada jam 3.11 pagi di Jabatan Kecemasan dan Trauma, Hospital Melaka.

Difahamkan jenazah akan dikebumikan di Tanah Perkuburan Masjid An-Nur, Krubong pada 10 pagi hari ini.

Dalam kejadian sekitar 4 petang semalam, Mohd Diya dipercayai lemas apabila tergelincir sebelum ditolak arus deras ketika sedang memasang tali di kawasan banjir bagi menyelamatkan 14 mangsa yang terperangkap di anjung sebuah rumah.

Video semasa insiden berlaku turut tular dimedia sosial sehingga mengejutkan orang ramai.

Takziah kami ucapkan kepada keluarga arwah. Perginya seorang perwira negara

© 2022 BuzzKini. All Rights Reserved.