fbpx
Now Reading
18 Kawasan Di Kuala Lumpur & Gombak Alami Masalah Gangguan Air

18 Kawasan Di Kuala Lumpur & Gombak Alami Masalah Gangguan Air

Terdapat kejadian paip pecah di dua lokasi berbeza.

Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami! Follow Kami

Pengurusan Air Selangor Sdn Bhd (Air Selangor) sebentar tadi memaklumkan terdapat sejumlah kawasan di Kuala Lumpur dan Gombak sedang mengalami gangguan bekalan air tidak berjadual.

Menerusi laman Twitter mereka, Air Selangor memaklumkan ianya susulan dari insiden paip pecah di Jalan Lingaran Tengah (MRR2) menyebabkan penutupan bekalan air.

Antara 13 kawasan yang terjejas di Kuala Lumpur adalah Taman Muda, Taman Bukit Permai, Taman Bukit Pandan, Kampung Cheras Baru, Taman Mawar, Taman Seraya, Taman Mega, Taman Bukit Teratai, Taman Melur, Taman Saga, Taman Putra, Pandan Mewah dan Taman Mestika.

Mereka menjangkakan kerja-kerja pembaikan akan siap sepenuhnya pada jam 11:30 pagi, esok (10 November 2021)

5 lagi kawasan di Gombak

Menerusi aplikasi mereka pula, Air Selangor memaklumkan terdapat 5 kawasan di Gombak yang turut mengalami gangguan bekalan air kerana insiden serupa iaitu di Jalan Taman Melawati.

5 kawasan yang terlibat adalah Jalan C, Jalan E, Jalan H, Jalan I Taman Melawati dan Kampung Klang Gate.

Namun kerja baik pulih disini dijangka siap jam 4 petang ini (9 November 2021).

Pengguna boleh merujuk kesemua saluran komunikasi rasmi kami seperti aplikasi Air Selangor, Facebook, Instagram dan Twitter atau hubungi Air Selangor di talian 15300 untuk mendapatkan maklumat terkini dari semasa ke semasa.

© 2022 BuzzKini. All Rights Reserved.