fbpx
Now Reading
Terlanggar Murid Sekolah Hingga Maut, Pemandu Van Ditahan Polis

Terlanggar Murid Sekolah Hingga Maut, Pemandu Van Ditahan Polis

Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami! Follow Kami

Sejak semalam tular satu rakaman kamera litar tertutup (CCTV) memperlihatkan seorang pelajar sekolah dilanggar van dinaikinya, di hadapan sebuah tadika.

Insiden yang berlaku pada jam 12.30 tengahari semalam (jumaat) di Taman Dahlia, Bandar Baru Salak Tinggi, Sepang menyebabkan kanak-kanak perempuan berusia 7 tahun itu cedera parah di bahagian kepala dan dikejarkan ke sebuah hospital swasta di Nilai.

Mangsa bagaimanapun kemudiannya disahkan meninggal dunia pada pukul 2.30 petang.

Memetik BH, Timbalan Ketua Polis Daerah Sepang, Superintendan Md Noor Aehwan Mohammad berkata, siasatan kemudiannya mendapati mangsa dikatakan turun dari van berkenaan dan berjalan di hadapan van sebelum dirempuh.

Difahamkan pemandu van, seorang wanita berumur 31 tahun bergerak maju ke hadapan setelah selesai menurunkan kesemua pelajar di tadika tersebut tanpa nenyedari mangsa melintas di hadapan van.

“Mangsa melintas di depan van yang bergerak itu lalu dilanggar dan cedera parah di kepala.

“Pegawai perubatan hospital swasta mengesahkan mangsa meninggal dunia dan mayat mangsa dihantar ke Hospital Putrajaya untuk urusan bedah siasat.

Sudah ditahan pihak berkuasa

Terbaharu Kosmo melaporkan, pemandu van telah ditahan untuk siasatan lanjut.

Menurut Ketua Jabatan Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik Selangor, Superintendan Azman Shariat, dia kini disiasat di bawah Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987,

“Pemandu van terbabit telah ditahan untuk siasatan lanjut dan kes disiasat di bawah Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987,” 

© 2022 BuzzKini. All Rights Reserved.