fbpx
Now Reading
Polis Tumpaskan Lombong Bitcoin Haram Terbesar Di Perak, Babitkan Rampasan RM3.5 Juta

Polis Tumpaskan Lombong Bitcoin Haram Terbesar Di Perak, Babitkan Rampasan RM3.5 Juta

Kegiatan curi elektrik mereka juga telah menyebabkan TNB Perak mengalami kerugian sekitar RM2 juta.

Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami! Follow Kami

Polis berjaya menumpaskan kegiatan curi elektrik bagi melombong bitcoin secara haram yang terbesar membabitkan hasil rampasan keseluruhan bernilai RM3.5 juta di sekitar Manjung, Perak pada Rabu (29 Disember).

Operasi Bersepadu Khas Bitcoin melibatkan 154 pegawai dan anggota polis dibantu 15 juruteknik khas Tenaga Nasional Berhad (TNB) serta enam anggota bomba itu turut berjaya menahan lelaki berusia 28 tahun yang juga penjaga premis di Ayer Tawar.

Operasi selama 13 jam dari 9 pagi hingga 10 malam yang melibatkan 75 premis itu kemudian berjaya mengesan 30 premis yang didapati melakukan aktiviti haram berkenaan.

Foto : PDRM

Menurut Ketua Polis Perak Datuk Mior Faridalathrash Wahid, operasi tesebut dilaksanakan selepas pihaknya menerima aduan dari orang ramai.

Sebabkan TNB kerugian RM2 juta

Tambah Mior Faridalathrash, kegiatan haram mereka telah menyebabkan TNB Perak mengalami kerugian sekitar RM2 juta.

1,720 mesin bitcoin dirampas

Foto : PDRM

“Kita merampas 1,720 unit mesin bitcoin dengan seunit dianggarkan bernilai RM2,000, 15 unit monitor, 22 Unit Pemprosesan Pusat (CPU), 16 unit papan kekunci, tujuh tetikus, 56 unit modem dan sebuah komputer riba.

“Selain itu, turut dirampas sebuah Toyota Hilux, 44 unit ekzos kipas, lima unit alat penggera dan tujuh unit kamera litar tertutup (CCTV). Semua barang ini dirampas daripada 30 premis diperiksa,” katanya sewaktu sidang media di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Manjung semalam.

Tambah beliau lagi, premis yang digunakan untuk pengoperasian haram itu agak terlindung daripada orang ramai dan pihaknya masih melakukan siasatan lanjut bagi mengenal pasti dalang di sebalik kegiatan itu.

Suspek direman selama 4 hari

“Lelaki yang ditahan itu direman selama empat hari dan disiasat mengikut Seksyen 379 dan 427 Kanun Keseksaan serta Akta Bekalan Elektrik 1990.

“Operasi ini adalah kejayaan terbesar bersama TNB tahun ini. Kita menyeru masyarakat diminta menyalurkan maklumat berkaitan kegiatan melombong (bitcoin) secara haram dan mencuri elektrik kepada IPD serta balai polis berhampiran,” katanya.

© 2022 BuzzKini. All Rights Reserved.