fbpx
Now Reading
KKM Siasat Laporan 18 Kes AEFI Dalam Kalangan Banduan Penjara Kajang

KKM Siasat Laporan 18 Kes AEFI Dalam Kalangan Banduan Penjara Kajang

Difahamkan siasatan juga sudah dijalankan PKD Hulu Langat bersama JKNS bagi mendapatkan maklumat lengkap.

Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami! Follow Kami

Pengarah Bahagian Regulatori Farmasi Negara (NPRA) Kementerian Kesihatan (KKM),  Dr Roshayati Mohamad Sani, hari ini mengesahkan ada menerima laporan mengenai 18 kes kesan advers susulan imunisasi (AEFI) serius yang dilaporkan berlaku dalam kalangan banduan Penjara Kajang, yang tular baru-baru ini.

Menurut Dr Roshayati, laporan AEFI tersebut yang diklasifikasikan sebagai serius malah menyebabkan kematian kini di dalam siasatan mereka.

“KKM ingin merujuk kepada surat daripada Penjara Kajang yang tular di media sosial berkenaan 18 kes mengalami kesan AEFI serius yang dilaporkan dalam kalangan penerima vaksin COVID-19 melalui Program Vaksinasi Banduan Penjara Kajang di penjara itu.

“Adalah dimaklumkan bahawa KKM melalui NPRA memantau secara berterusan keselamatan penggunaan semua vaksin termasuk vaksin COVID-19 melalui pemantauan laporan AEFI,” katanya.

Pada masa yang sama, siasatan juga sudah dijalankan Pejabat Kesihatan Daerah Hulu Langat bersama Jabatan Kesihatan Negeri Selangor bagi mendapatkan maklumat lengkap.

“Laporan siasatan akan dibentangkan untuk dinilai Jawatankuasa Farmakovigilans Khas Vaksin Covid-19 (JFK) bagi mengesahkan kausaliti atau hubungkait antara vaksin dengan kesan advers yang dilaporkan,” katanya.

Terdahulu tular di media sosial salinan surat bertarikh 30 November yang dikeluarkan pengurusan Penjara Kajang kepada Pakar Perubatan Kesihatan Awam di Pejabat Kesihatan Daerah Hulu Langat membabitkan 18 kes advers serius di kalangan banduan yang menerima vaksin COVID-19 di sana.

Foto : Media sosial (sumber tidak diketahui)

© 2022 BuzzKini. All Rights Reserved.