fbpx
Now Reading
Lelaki Pukul & Tendang Bapa Tiri Sudah Ditahan Polis

Lelaki Pukul & Tendang Bapa Tiri Sudah Ditahan Polis

Suspek ditahan pihak polis pada jam 6.45 petang semalam (15 Februari) di kawasan kampung bersebelahan.

Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami! Follow Kami

Sejak semalam, tular di media sosial sebuah video memperlihatkan aksi tidak berperikemanusiaan seorang lelaki di Kedah yang tergamak memukul dan menendang bapa tirinya hanya kerana tidak diberikan wang untuk membeli dadah.

Kejadian itu yang dirakam jiran tetangga menjadi tular dan sohor di semua platform media sosial hingga menimbulkan kemarahan orang ramai yang menyifatkan dia sebagai kurang ajar dan perlu dihukum.

Menerusi video tular tersebut, dapat dilihat lelaki berkenaan yang menggunakan baju belang merah putih menendang kepala bapa tirinya yang sudah terduduk dengan sekuat hati dari arah belakang.

Perbuatan berkenaan turut disaksikan oleh beberapa jiran tetangga namun tiada yang dilihat berani untuk menghalang lelaki berkenaan.

Terbaharu, polis mengesahkan kejadian berlaku di Kampung Ruat, Yan, Kedah dan si pelaku sudah pun ditahan pihak berkuasa pada jam 6.45 petang semalam (15 Februari) berhampiran kawasan Kampung Lubuk Boi, Yan yang terletak kurang dari 5 kilometer dari rumah mereka.

Menurut beliau, kejadian tular yang berlaku sekitar 7 pagi itu bermula apabila suspek yang merupakan seorang penganggur dan pesakit mental tiba-tiba naik angin di ruang tamu rumahnya apabila tidak diberikan wang untuk membeli dadah.

Dia kemudian bertindak memukul dan menendang bapa tirinya di bahagian muka serta dada hingga cedera.

“Bagi mengelakkan kejadian lebih teruk pasangan suami isteri itu keluar dari rumah untuk menyelamatkan diri.

“Bagaimanapun suspek yang masih tidak berpuas hati kerana gagal mendapat wang terus menendang bapa tirinya sebelum melarikan diri.

“Mangsa membuat laporan polis kerana bimbangkan keselamatannya, katanya dalam satu kenyataan.

Tambah beliau, suspek yang juga seorang penagih dadah tegar sememangnya kerap memukul bapa tirinya hanya kerana tidak diberikan duit untuk membeli dadah.

Mangsa yang mengalami bengkak di bahagian telinga kiri akibat dipukul suspek kemudian dibawa ke Hospital Yan untuk mendapatkan rawatan.

Kes disiasat mengikut Seksyen 323 Kanun Keseksaan dan Seksyen 18 A Akta Keganasan Rumah Tangga (AKRT) 2012.

© 2022 BuzzKini. All Rights Reserved.