fbpx
Now Reading
1.6 Bilion Panggilan Meragukan Telah Disekat Oleh SKMM Sejak 2018

1.6 Bilion Panggilan Meragukan Telah Disekat Oleh SKMM Sejak 2018

Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami! Follow Kami

Sejak dahulu lagi, jenayah penipuan di Malaysia ini tidak pernah berhenti, malah pelbagai helah digunakan untuk memperdayakan mangsa-mangsanya.

Bukan itu sahaja, kita sendiri mungkin sudah tidak tahu berapa kali kita menerima panggilan sebegini sehingga ada yang mengaku bahawa mereka adalah daripada badan kerajaan.

Isu ini telah menyebabkan ribuan mangsa percaya dengan helah mereka serta mengakibatkan ramai pengguna kerugian.

Lantaran itu, sebanyak 1.6 bilion panggilan yang meragukan telah disekat oleh Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (MCMC) dengan kerjasama pelbagai pihak sejak 2018 hingga tahun lalu (2021).

Dalam jawapan bertulis di Dewan Rakyat hari ini, (4 Mac) Kementerian Komunikasi  dan Multimedia (KKMM) memaklumkan bahawa sebanyak 2,232 aduan awam berkenaan aktiviti berunsur penipuan diterima MCMC.

Perkara ini turut dirujuk kepada agensi penguatkuasaan yang terlibat bagi tempoh Januari hingga 31 Disember 2021.

Menurut jawapan MCMC terdapat beberapa agensi penguatkuasaan yang dirujuk untuk perhatian dan tindakan lanjut antaranya adalah Polis Diraja Malaysia, Kementerian Perdangangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna, Suruhanjaya Sekuriti serta Bank Negara Malaysia.

Bagaimanakah KKMM cuba menghentikan panggilan meragukan ini dari terus menganggu pengguna?

Menurut KKMM, pihak penyediaan komunikasi turut terlibat dalam satu pasukan petugas khas bagi telekomunikasi dalam mencegah aktiviti penipuan oleh pihak tidak bertanggungjawab melalui panggilan serta khidmat pesanan ringkas (SMS).

Bukan itu sahaja, MCMC telah menggariskan tujuh peraturan sekatan pada 2018 dengan mewujudkan dokumen Rujukan Industri.

Ini bertujuan untuk mengurangkan jumlah penggilan yang meragukan sampai kepada pengguna dan pada 2020, lima lagi peraturan sekatan ditambah.

Selain itu, MCMC juga masih mengkaji keperluan untuk mewujudkan satu lagi garis panduan baharu untuk mencegah penipuan menggunakan SMS.

Namun begitu, pengguna juga boleh melakukan beberapa inisiatif lain dalam mencegah isu panggilan meragukan ini dengan memuat turun aplikasi seperti Truecaller.

Foto : BeeBoom

Aplikasi ini dapat membantu anda dengan memberi informasi pemanggil sebelum anda ingin menjawab panggilan tersebut.

© 2022 BuzzKini. All Rights Reserved.