fbpx
Now Reading
Tiada DNA Babi Dikesan Pada Sotong Ring – Jabatan Perikanan

Tiada DNA Babi Dikesan Pada Sotong Ring – Jabatan Perikanan

Oleh itu, sotong ring ini adalah selamat untuk dimakan serta tidak perlu diragui kerana tiada DNA babi dikesan.

Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami! Follow Kami

Sebelum ini kecoh di media sosial berkenaan status halal sebuah produk sejuk beku sotong ring yang didakwa diperbuat daripada dubur babi.

Akibat terkesan dengan isu itu syarikat pengedar sejuk beku itu iaitu Shen Hua Resources telah tampil dan menafikan isu berkenaan.

Baca artikel berkaitan : Bukan Dari Dubur Babi & Ada Sijil Halal Sah, Syarikat Sotong Ring Akan Saman Penyebar Fitnah

Tiada identifikasi porsin (DNA babi)

Terbaharu, Jabatan Perikanan (DOF) telah mengesahkan tiada identifikasi porsin (DNA babi) yang dikesan pada sampel sotong ring berkenaan.

Menurut Timbalan Ketua Pengarah Perikanan (Pengurusan), Mohd Sufian, DOF melalui Pusat Biosekuriti Perikanan Kuala Lumpur telah menjalankan identifikasi analisa porsin kepada sampel sotong ring itu.

“DOF menegaskan beberapa sampel sotong ring sejuk beku yang mendapat permintaan tinggi daripada pengguna tempatan adalah selamat, serta tidak mengandungi DNA babi,” ulasnya kepada Bernama pada 15 Mac.

Foto: Malaysiakini

Hasil ujian akan dihantar kepada JAKIM

Mohd Sufian berkata hasil ujian tersebut akan dihantar kepada Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) bagi tindakan selanjutnya.

Tambahnya, pusat biosekuriti berkenaan merupakan badan yang bertanggungjawab bagi memastikan keselamatan serta kualiti makanan daripada sumber laut untuk kegunaan pengguna Malaysia.

Selain mempunyai kepakaran dalam mengesan DNA babi, pusat biosekuriti itu juga memainkan peranan dalam memastikan makanan laut di dalam pasaran dan diimport ke negara ini, bebas daripada sebarang penyakit serta kandungan dilarang selain penternak perlu mematuhi peraturan antarabangsa.

Penternak perlu dapatkan sijil keselamatan dan sijil bebas bahan dilarang sebelum produk dieksport

“Bagi produk makanan laut yang mahu dieksport, penternak perlu mendapatkan sijil keselamatan ikan serta sijil bebas bahan dilarang, kemudian barulah mereka boleh eksport produk tersebut,” katanya lagi.

Selain itu, makmal tersebut juga telah diakreditasi MS ISO 17025.

Beliau turut menasihati orang ramai untuk lebih berhati-hati dan tidak menyebarkan sebarang maklumat yang tidak sahih, kerana bimbang ia boleh menimbulkan keraguaan serta ketidakselesaan kepada pengguna.

© 2022 BuzzKini. All Rights Reserved.