fbpx
Now Reading
Kanak-Kanak Positif Covid-19 Perlu Tunggu Tempoh 6 Minggu Sebelum Divaksin – Dr Noor Hisham

Kanak-Kanak Positif Covid-19 Perlu Tunggu Tempoh 6 Minggu Sebelum Divaksin – Dr Noor Hisham

Ibu bapa kepada kanak-kanak yang telah pulih daripada virus covid-19 boleh mendapatkan khidmat nasihat doktor sebelum anak mereka divaksin.

Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami! Follow Kami

Umum pasti mengetahui jangkitan COVID-19 di kalangan kanak-kanak menunjukkan peningkatan ketara sejak Januari lalu.

Malah sepanjang Januari hingga pertengahan Mac 2022 sahaja, 119,719 kanak-kanak bawah 12 telah disahkan positif virus itu.

Oleh itu, pada Februari lalu kerajaan telah mula memberi vaksin kepada kanak-kanak yang berusia lima hingga 11 tahun.

Namun terbaharu, Utusan melaporkan kanak-kanak lima hingga 11 tahun yang dijangkiti harus menunggu sehingga tempoh enam minggu selepas pulih untuk dibenarkan mengambil suntikan vaksin.

Tidak sama dengan golongan dewasa

Situasi ini dilihat berbeza dengan golongan dewasa di mana mereka tidak perlu menunggu dan boleh menerima vaksin sejurus sahaja pulih daripada jangkitan virus Covid-19 itu.

Menurut laporan Utusan Malaysia, Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr. Noor Hisham Abdullah menyatakan tempoh itu adalah wajar dipertimbangkan sebelum kanak-kanak berkenaan menerima vaksin covid-19  untuk mendapatkan perlindungan sewajarnya.

Beliau bagaimanapun memaklumkan ibu bapa boleh mendapatkan nasihat daripada doktor terlebih dahulu sebelum mendapatkan vaksin buat anak mereka yang telah dijangkiti virus berkenaan.

“Selepas enam minggu perlu dipertimbangkan. Ya, perlu mendapatkan nasihat doktor terlebih dahulu kerana individu yang sudah dijangkiti Covid-19 sudah ada imun semula jadi,” kata Ketua Pengarah Kesihatan itu.

Terdahulu, bagi golongan dewasa yang dijangkiti Covid-19 perlu menunggu tiga bulan sebelum mendapatkan suntikan vaksin.

Namun, keputusan untuk menunggu dalam tempoh masa itu telah dimansuhkan pada tahun lalu (2021) oleh Jawatan Kuasa Bekalan Akses Vaksin Covid-19 (JKJAV) berdasarkan daripada pendapat pakar.

© 2022 BuzzKini. All Rights Reserved.