fbpx
Now Reading
Anak Risau Lihat Ibu Bapa Belanja Duit Beli Suplemen Tidak Diketahui Status Kelulusannya Untuk Kesihatan

Anak Risau Lihat Ibu Bapa Belanja Duit Beli Suplemen Tidak Diketahui Status Kelulusannya Untuk Kesihatan

Menerusi video tersebut, kelihatan pelbagai suplemen yang terdiri daripada makanan sunnah seperti kurma dan kopi dipercayai baik untuk kesihatan dalaman dibeli oleh ibu bapa lelaki itu.

Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami! Follow Kami

Pada masa kini, dapat dilihat lambakan suplemen atau makanan tambahan dijual secara berleluasa di pasaran.

Suplemen yang dijual didakwa kononnya boleh menjadi rawatan alternatif bagi merawat penyakit kronik seperti darah tinggi, kencing manis, gout dan lain-lain lagi.

Keadaan ini sememangnya boleh mengundang kerisauan kerana tidak semua suplemen yang dijual mempunyai kelulusan daripada Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) dan selamat buat individu yang menggunakannya.

Bagi melariskan produk tersebut, ada di antara penjual yang tidak bertanggungjawab menjadikan warga emas sebagai sasaran pengguna suplemen hingga menyebabkan kebanyakan golongan itu terjebak membelinya.

Anak Luah Rasa Risau Ibu Bapa Banyak Beli Suplemen

Menerusi ciapan oleh seorang pengguna Twitter (X), dia berkongsikan video yang mengandungi pelbagai suplemen dan makanan tambahan yang didakwa dibeli oleh ibu bapanya.

Menerusi video tersebut, kelihatan pelbagai suplemen yang kebanyakannya terdiri daripada makanan sunnah seperti kurma dan juga kopi yang dipercayai baik untuk kesihatan dalaman.

Namun, kedengaran lelaki berkenaan meluahkan rasa risau dan geram apabila melihat lambakan suplemen yang dibeli oleh orang tuanya itu.

Apa yang membuatkan dia lebih geram apabila kebanyakan harga suplemen berkenaan dijual dengan harga yang tidak berpatutan.

“Aku kalau balik kampung rumah mak abah aku, memang jadi Inspektor Medical ya. Diorang ni makin menjadi-jadi tau beli segala supplement lah kopi lah.

“Geram je aku tau. Tengok la ni bukan main banyak ya,” ciapnya.

Video Dapat Perhatian Warganet

Video yang telah menerima lebih 600 ribu tontonan itu nyata menarik perhatian warganet yang melihat.

Rata-rata daripada mereka bersetuju dengan tindakan lelaki berkenaan yang dilihat menyemak semua suplemen yang dibeli oleh ibu bapanya itu.

Kebanyakannya turut berkongsikan pengalaman mempunyai ibu bapa yang gemar membeli makanan tambahan kononnya sebagai alternatif bagi merawat penyakit.

Malah, ada juga warganet yang turut menitipkan nasihat agar lelaki berkenaan menghalang ibu bapanya daripada makan suplemen tersebut kerana berdasarkan pengalaman mereka sendiri yang kehilangan ibu bapa akibat daripada pengambilan makanan tambahan.

Namun, kami sendiri tidak mengetahui sama ada kesemua suplemen-suplemen berkenaan mempunyai kelulusan daripada KKM atau sebaliknya.

Hasil semakan kami, ada di antara produk berkenaan bagaimanapun mempunyai Sijil Halal dari Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) serta Sijil Makanan Selamat Tanggungjawab Industri (MesTI) yang diperakukan oleh KKM.

Berikut antara komen warganet:

“Bagus! Tolong Tegas Dengan Emak Ayah, Cuma Jangan Kasar Sangatlah”

“Kesian Tengok Dekat Malaysia Ni, Orang Perguna Rakyat Yang Tak Tahu Bab Kesihatan”

“Ayah Aku Beli Ubat Mata RM80, Sekali Pakai Pening Kepala”

“Mak Aku Pun Macam Ni, Tiap Kali Balik Rumah Ada Je Koleksi Kopi Dia Yang Baru”

“Masalahnya Orang Tua Ni Degil Awak, Tak Dengar Kata, Selalu Tertipu Dengan Iklan & Penjual”

“Arwah Abah Saya Macam Ni Lah Dulu, Buah Pinggang Rosak, Hati Rosak Tiba-Tiba”

Baca Artikel Berkaitan:

View Comments (0)

Leave a Reply

© 2022 BuzzKini. All Rights Reserved.