fbpx
Now Reading
Polis Sahkan Pemandu Toyota Hilux Putih Sudah Ditahan Bantu Siasatan Buli Jalan Raya

Polis Sahkan Pemandu Toyota Hilux Putih Sudah Ditahan Bantu Siasatan Buli Jalan Raya

Suspek berusia 30 tahun itu ditahan pada 11.30 pagi semalam ketika hadir di Ibu Pejabat Polis Daerah SPT bagi membantu siasatan kejadian.

Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami! Follow Kami

Sejak dua hari lalu, tular di media sosial satu rakaman dashcam memperlihatkan aksi berbahaya sebuah Toyota Hilux yang melakukan buli jalan raya dengan cuba menghimpit sebuah kereta lain sehingga hampir menyebabkan kemalangan.

Insiden yang berlaku di utara tanah air tersebut menyebabkan pemandu berkenaan dikecam malah ramai mahukan dia dikenakan tindakan.

@malaysianupdatenews Bawa kereta macam nak bunuh org🤬 #beritaditiktok #NewsAtTikTok #TrendingNewsMalaysia #malaysianupdate ♬ Doge – Clutch

Sehubungan itu, Ketua Polis Daerah Seberang Perai Tengah ACP Shafee Abd Samad memaklumkan polis sudah membuka kertas siasatan mengikut Seksyen 42 Akta Pengangkutan Jalan 1987.

Hasil siasatan awal mendapati mendapati kejadian itu berlaku pada 2.49 petang, Jumaat (18 Mac) di Kilometer 138.7 Lebuhraya Utara Selatan arah utara.

Mereka dalam masa sama sedang mengesan pemandu bernombor pendaftaran PMX3338 berkenaan bagi membantu siasatan.

Sudah berjaya ditahan

Terbaharu, seorang lelaki yang dipercayai pemandu kenderaan pacuan empat roda itu sudah pun berjaya ditahan pihak berkuasa.

Shafee menerusi satu kenyataan berkata, suspek berusia 30 tahun itu ditahan pada 11.30 pagi semalam (20 Mac) ketika hadir di Ibu Pejabat Polis Daerah SPT bagi membantu siasatan kejadian.

Tambah beliau, siasatan kes akan diteruskan di bawah seksyen sama.

“Siasatan diteruskan di bawah Seksyen 42(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987,” kata beliau lagi.

© 2022 BuzzKini. All Rights Reserved.