fbpx
Now Reading
Rakyat Malaysia Yang Mahu Melancong Ke Luar Negara Perlu Semak Syarat Negara Luar

Rakyat Malaysia Yang Mahu Melancong Ke Luar Negara Perlu Semak Syarat Negara Luar

Ramai yang tak sabar nak melancong ke luar negara, tetapi sila semak syarat negara luar yang hendak dikunjungi agar tidak menganggu sebarang masalah yang tak diingini.

Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami! Follow Kami

Umum mengetahui pada 8 Mac yang lalu kerajaan telah mengumumkan untuk membuka sempadan negara bermula pada 1 April ini.

Susulan dengan pengumuman itu, ramai rakyat Malaysia yang merancang untuk bercuti ke luar negara setelah dua tahun sempadan ditutup.

Oleh itu, sebelum memulakan percutian anda disarankan untuk membuat semakan syarat kemasukan ke sesebuah negara itu terlebih dahulu.

Ada negara yang belum membuka sempadan mereka

Memetik pada laporan Kosmo, Ketua Pengarah Imigresen, Datuk Khairul Dzaimee Daud menyatakan, ini adalah untuk memastikan agar tidak berlaku sebarang gangguan ketika proses untuk ke luar negara.

“Rakyat Malaysia perlu faham apabila sempadan dibuka, mereka bebas mengembara namun masih ada negara luar yang belum membuka sempadan sepenuhnya.

“Sebagai contoh, negara China masih mengenakan kuarantin selama 15 hingga 20 hari, Hal ini secara tidak langsung mengambil tempoh lama buat mereka yang berhasrat untuk bercuti,” ulasnya menerusi temu bual dalam sebuah stesen TV.

Orang ramai perlu bijak memilih

Khairul Dzaimee turut menasihati orang ramai agar bijak dalam memilih destinasi negara luar iaitu dengan mencari negara yang membuka sempadan sama seperti yang akan dilaksanakan Malaysia.

Tambah beliau, Jabatan Imigresen Malaysia juga telah membuat persedian dengan menyediakan bilangan passport yang mencukupi selepas pengumuman pembukaan sempadan.

Menurutnya, sebanyak 970,000 bilangan passport telah disediakan untuk rakyat yang mahu membuat permohonan serta memperbaharui pasport lama di kaunter atau secara dalam talian.

“Selain itu, rakyat mesti mempunyai pasport yang sah serta menyemak senarai hitam untuk ke luar negara melalui portal rasmi Imgiresen,” jelas Ketua Pengarah Imigresen itu.

© 2022 BuzzKini. All Rights Reserved.