fbpx
Now Reading
JIM Tumpaskan Sindiket Tolong PATI Tiada Kad Pengenalan & Visa

JIM Tumpaskan Sindiket Tolong PATI Tiada Kad Pengenalan & Visa

Menurut Ketua Pengarah JIM, Ruslin Jusoh hasil daripada operasi yang dilakukan dua individu warga Bangladesh dan India ditahan dipercayai terbabit dengan sindiket pemalsuan dokumen.

Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami! Follow Kami

Umum mengetahui warga asing yang datang secara haram ke negara ini atau turut digelar (PATI) tidak mempunyai dokumen pengenalan diri yang lengkap.

Ada yang masuk menggunakan secara haram dan ada juga yang menyalahgunakan visa pelancong untuk bekerja.

Walau bagaimanapun terdapat pihak tidak bertanggungjawab yang cuba membantu golongan ini dengan memberikan dokumen seperti kad pengenalan palsu.

JIM kantoikan sindiket pemalsuan dokumen PATI yang tak ada kad pengenalan diri dan visa

Terbaharu, Jabatan Imigresen Malaysia (JIM) telah berjaya menumpaskan satu sindiket pemalsuan dokumen di mana mereka membantu memberikan PATI yang tidak mempunyai kad pengenalan diri serta visa.

Menurut Ketua Pengarah JIM, Datuk Ruslin Jusoh sindiket itu ditumpaskan menerusi satu Operasi Khas yang dilakukan pada jam 2 petang, 14 Februari 2024 yang melibatkan sepasukan pegawai dan anggota daripada pelbagai pangkat dari Bahagian Perisikan dan Operasi Khas, Ibu Pejabat Imigresen Putrajaya dan Pasukan Taktikal Khas (PASTAK).

Serbuan tersebut telah dilakukan di premis sekitar Petaling Jaya, Selangor serta Jalan Alor, Kuala Lumpur.

JIM tahan individu warga India & Bangladesh

Operasi tersebut dibuat selepas JIM membuat risikan selama dua minggu hasil aduan awam. Susulan itu, JIM berjaya menahan seorang lelaki warganegara India dan Bangladesh yang berumur antara 28 hingga 31 tahun.

Suspek turut disyaki sebagai ‘dalang utama’ kepada sindiket berkenaan dan mereka tidak memiliki pas yang sah untuk berada di Malaysia.

“Turut ditahan semasa pemeriksaan adalah dua orang lelaki warganegara Bangladesh berusia 28 tahun yang dipercayai sebagai ahli sindiket. Seorang lelaki warganegara Bangladesh tidak memiliki Pas yang sah dan seorang lelaki warganegara Bangladesh telah tinggal lebih masa di negara ini.

“Pasukan operasi merampas empat pasport India milik orang lain, senaskah pasport India disyaki palsu, senaskah pasport Pakistan milik orang lain, senaskah pasport Pakistan disyaki palsu, senaskah pasport Bangladesh, 26 keping Pas Lawatan Kerja Sementara (PLKS) disyaki palsu, dua keping kad Lembaga Pembangunan Industri Pembinaan Malaysia (CIDB) disyaki palsu, dua buah komputer riba dan sebuah pencetak,” ujarnya.

Sudah beroperasi selama satu tahun

Modus operandi kepada sindiket itu mensasarkan warganegara dari negara sumber seperti Bangladesh, India, Pakistan yang mempunyai masalah di negara ini seperti tidak memiliki kad pengenalan diri dan visa.

“Suspek akan mencari dan menghampiri mereka yang bermasalah ini dan kemudiannya menawarkan perkhidmatan yang disediakan seperti pasport palsu, PLKS palsu dan kad CIDB palsu.

“Sindiket ini dipercayai telah beroperasi selama satu tahun dan mengenakan bayaran sekitar RM1,000 bagi setiap naskhah pasport, RM500 bagi setiap PLKS dan kad CIDB.

“Kesemua PATI ditahan kerana disyaki telah melakukan kesalahan di bawah Akta Imigresen 1959/63, Akta Pasport 1966 dan Peraturan-peraturan Imigresen 1963 dan ditahan di Depot Imigresen Putrajaya untuk siasatan lanjut.”

View Comments (0)

Leave a Reply

© 2022 BuzzKini. All Rights Reserved.