fbpx
Now Reading
Ramai Geram Ada Yang Tak Kenal Wajah Tokoh Pada Duit Kertas Malaysia [Video]

Ramai Geram Ada Yang Tak Kenal Wajah Tokoh Pada Duit Kertas Malaysia [Video]

Baginda, Tuanku Abdul Rahman Ibni Tuanku Muhammad merupakan YDPA Malaysia yang pertama.

Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami! Follow Kami

Umum mengetahui negara Malaysia mempunyai tokoh dalam setiap bidang malah kebanyakan daripada mereka mempunyai peranan tersendiri dalam membangunkan Malaysia.

Bukan hanya itu, nama-nama tokoh ini turut berada di dalam sejarah negara ini yang perlu diingati oleh seluruh rakyatnya.

Namun apa yang menyedihkan ada segelintir daripada masyarakat yang masih tidak mengenali siapakah tokoh-tokoh yang telah banyak berjasa kepada negara.

Pemuda buat eksperimen sosial, rupanya ada yang tak kenal siapa individu dalam wang ringgit Malaysia

Baru-baru ini, tular di media sosial satu video memaparkan seorang pemuda yang melakukan eksperimen sosial dengan bertanya siapakah individu yang menghiasi duit kertas yang kerap kita gunakan.

Tetapi jawapan yang diterima oleh orang ramai yang di temuramah oleh lelaki berkenaan amat mengecewakan.

Menerusi video yang dikongsikan oleh @mr.kupikito awalnya kelihatan pemuda berkenaan menunjukkan sekeping duit bernilai RM50 kepada seorang wanita berbaju biru dan bertanya siapakah individu tersebut.

Secara umumnya ramai pasti mengetahui yang ia adalah potret Yang di-Pertuan Agong (YDPA) pertama Malaysia iaitu Tuanku Abdul Rahman Putra ibni Almarhum Tuanku Muhammad.

Ada yang gelar ia adalah Perdana Menteri kedua Malaysia

Wanita itu kemudian menjawab ia adalah Tun Abdul Razak iaitu Perdana Menteri kedua Malaysia. Namun sebaik sahaja pemuda berkenaan berkata salah kelihatan wajahnya sedikit kecewa.

“Dekat saya ni ada duit, ada RM10, RM20 dan RM50. Abang nak yang mana satu,” tanya pemuda itu kepada seorang lelaki.

Lelaki itu kemudian menjawab sudah tentu dia ingin RM50.

“Jadi soalan dia kalau abang dapat jawab, abang akan dapat RM50 ni. Siapakah lelaki ini?” soal pemuda itu.

Lelaki itu kemudian memberi jawapan yang sama iaitu Tun Abdul Razak.

Ada juga jawab itu adalah Agong kewangan dan gabenor

Pemuda itu kemudian bertanya kepada peserta yang ketiga iaitu dua wanita dan menunjukkan wajah Tuanku Abdul Rahman yang juga Yang di-Pertuan Besar Negeri Sembilan ke-8 kepada mereka.

Awalnya kelihatan mereka sedang berfikir siapakah individu berkenaan sebelum salah seorangnya menjawab individu berkenaan adalah ‘Agong kewangan’.

Dia kemudian bertanya kepada peserta keempat dan individu itu awalnya menjawab ia adalah ‘gabenor’ sebelum memaklumkan dia tidak mengingati namanya.

Perkara itu secara tidak langsung membuatkan netizen yang melihat video berkenaan berasa stres sehingga mereka menjawab nama penuh tokoh berkenaan di ruangan komen.

Malah ada yang turut mempersoalkan mengapa mereka tidak mengetahui tokoh berkenaan.

Pun begitu ramai yang masih keliru antara Tuanku Abdul Rahman dan juga Perdana Menteri Malaysia yang pertama iaitu Tunku Abdul Rahman Putra Al-Haj.

“DYMM YDPA yang pertama Tuanku Abdul Rahman”

“Geram pula aku”

“Aku tak tahulah nak gelak atau nak sedih”

View Comments (0)

Leave a Reply

© 2022 BuzzKini. All Rights Reserved.