fbpx
Now Reading
Rakyat Malaysia Diarah Pulang Sebaik Tiba Di Korea Selatan Kerana Bantu Adik ‘Sangkut’ Di Kaunter Imigresen
imigresen korea selatan

Rakyat Malaysia Diarah Pulang Sebaik Tiba Di Korea Selatan Kerana Bantu Adik ‘Sangkut’ Di Kaunter Imigresen

Rakyat Malaysia itu difahamkan tidak disenarai hitam jika dia ingin kembali semula ke Korea Selatan dengan syarat perlu membawa kelengkapan dokumen yang lengkap.

Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami! Follow Kami

Sebelum ini, hasrat beberapa rakyat Malaysia yang ingin bercuti ke negara Korea Selatan bertukar duka apabila diarahkan untuk pulang semula ke negara asal selepas ditahan oleh pihak imigresen di lapangan terbang negara di negara terbabit.

Ketika kejadian itu, wanita berkenaan dikatakan telah memperbaharui pasport miliknya dan tidak membawa sekali pasport lama ketika ke Korea.

Meskipun lengkap dengan segala dokumen yang diperlukan untuk Korea seperti K-ETA, itinerari, tiket penerbangan dan tempahan hotel, namun pihak imigresen tetap bertegas dengan menghalang kemasukan wanita tersebut.

Baca Artikel Berkaitan: Malaysian Girl’s South Korean Holiday Limited To Airport, Forced To Return Next Day

Baca Artikel Berkaitan: Wisma Putra Seeks Clarification Over Malaysians Being Denied Entry In South Korea


Satu Lagi Kes Rakyat Malaysia Tak Lepas Untuk Masuk Ke Korea Selatan

Baru-baru ini, seorang rakyat Malaysia menerusi hantaran dimuat naik di laman grup Facebook Road To Korea telah menceritakan pengalamannya ketika ingin bercuti ke Korea Selatan.

Lelaki berkenaan dikenali sebagai Iskandar Elman itu menceritakan adiknya telah ditahan oleh pihak imigresen semasa pemeriksaan selepas mendarat di Lapangan Terbang Incheon, Seoul, Korea Selatan.

Difahamkan, Iskandar telah melepasi pihak imigresen dan mahu membantu adiknya pula.

Namun tanpa disangka, pihak imigresen telah mengarahkan Iskandar untuk pulang semula ke Malaysia.

“Saya lepas entry to Korea tapi turn adik saya kena tarik dengan imigresen untuk soal siasat. Dalam saya nak tolong adik saya dari imigresen tu, sekali dengan saya pula kena hantar pulang,” kata pengguna Facebook itu.

Berikutan itu, pengguna Facebook ini mengajukan soalan kepada netizen sama ada namanya telah disenaraihitam untuk masuk ke Korea dan jika mana-mana pihak pernah berdepan situasi sama.


Netizen Beri Pelbagai Reaksi Selepas Baca Kisah Yang Berlaku Kepada Rakyat Malaysia Itu

Hantaran tersebut mendapat pelbagai reaksi netizen di ruangan komen.

Ada juga netizen yang berkongsi pengalaman mereka pernah berdepan situasi sama semasa ingin bercuti ke Korea Selatan, tetapi tidak diarahkan untuk pulang semula ke Malaysia.

Ini kerana berlaku isu di mana sesetengah pelancong yang menyalahgunakan visa pelancong dan kemudiannya secara senyap-senyap menjadi pekerja di negara berkenaan.

Sesetengah netizen pula menjelaskan bahawa Iskandar tidak disenarai hitam untuk kembali semula ke Korea Selatan tetapi perlu membawa segala dokumen dengan lengkap dalam perjalanan seterusnya agar kejadian sama tidak berulang semula.

Sumber: Facebook

Tips Untuk Melancarkan Perjalanan Memasuki Korea Selatan.

Untuk memastikan proses imigresen yang lancar semasa melawat Korea, rakyat Malaysia boleh mengikuti tips berikut:

  • Mohon K-ETA (Kebenaran Perjalanan Elektronik Korea) secara atas talian sekurang-kurangnya tiga hari sebelum perjalanan:
    • Sejak 2021, pemegang pasport Malaysia mesti mendapatkan K-ETA sebelum pergi ke Korea Selatan untuk lawatan jangka pendek sehingga 90 hari untuk tujuan pelancongan, perniagaan atau melawat keluarga.
  • Biasakan diri anda dengan keperluan visa:
    • Fahami keperluan dan peraturan sebelum melancong ke Korea. Rakyat Malaysia yang layak untuk pengecualian visa perlu mematuhi syarat dan sekatan tertentu.
  • Sediakan dokumen yang diperlukan:
    • Pastikan anda mempunyai semua dokumen yang diperlukan untuk perjalanan, termasuk pasport yang sah, tiket penerbangan pergi balik, bukti penginapan dan sebarang dokumen sokongan lain yang mungkin diminta oleh pegawai imigresen.
  • Bersikap jujur dan terus terang semasa temu duga imigresen:
    • Apabila melalui imigresen, adalah penting untuk anda menjawab sebarang soalan dengan jujur dan memberikan maklumat yang tepat. Elakkan daripada memberikan kenyataan yang bercanggah atau mengelirukan yang boleh menimbulkan syak wasangka.
  • Kekalkan rekod perjalanan yang baik:
    • Mempunyai rekod perjalanan yang bersih tanpa pelanggaran imigresen boleh membantu mewujudkan kredibiliti anda sebagai pelancong yang mematuhi undang-undang.

Dalam pada itu, orang ramai dinasihatkan untuk merujuk sumber rasmi atau berunding dengan pihak berkuasa yang berkaitan untuk mendapatkan maklumat terkini dan tepat mengenai sekatan perjalanan serta keperluan visa.

Baca Artikel Berkaitan: Wanita Kongsi Itinerari 6 Hari 5 Malam Di Korea, Sesuai Untuk Beginner. Kos RM3,300 Je!

Baca Artikel Berkaitan: Pernah Ditolak Kerja Kerana Bertudung, Wanita Ini Berjaya Buka Restoran Sendiri Di Korea [Video]

View Comments (0)

Leave a Reply

© 2022 BuzzKini. All Rights Reserved.