fbpx
Now Reading
Pernah Ditolak Kerja Kerana Bertudung, Wanita Ini Berjaya Buka Restoran Sendiri Di Korea [Video]

Pernah Ditolak Kerja Kerana Bertudung, Wanita Ini Berjaya Buka Restoran Sendiri Di Korea [Video]

Menurut Kimseri, dia berkata bahawa dirinya sentiasa berpegang dan percaya dengan rezeki yang datang daripada Allah SWT.

Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami! Follow Kami

Menjadi seorang pelajar di luar negara pastinya bukan mudah, apa lagi di saat perlu mencari duit sampingan untuk menampung kos kehidupan di sana.

Lebih-lebih lagi jika seorang Muslim yang berada di negara bukan Islam pasti akan ada halangan yang harus dihadapi.

Seperti seorang wanita yang juga influencer ini, dia yang sedang menuntut di sebuah universiti di Korea Selatan tidak dapat melakukan kerja sampingan kerana imejnya yang bertudung.

Lebih menyedihkan, ada yang memintanya untuk menanggalkan tudung sekiranya ingin berkerja di syarikat terbabit.

Influencer bertudung berjaya buka restoran sendiri di Korea

Namun hasil usahanya sendiri, wanita yang dikenali sebagai Kimseri itu akhirnya berjaya ‘bekerja dengan imej bertudung’ di kedai makannya sendiri di negara itu.

Menerusi hantaran video yang dimuat naik di akaun TikTok miliknya (@kimseri_eina), wanita itu mengatakan dia berpegang dan percaya dengan rezeki yang datang daripada Allah SWT.

“Dua tahun lepas saya ditolak (bekerja) oleh sebuah restoran kerana saya memakai hijab, pegang dan percaya yang rezeki datang dari Allah.

“Kini telah terbukti, selepas dua tahun saya sudah boleh bekerja di restoran di Korea, restoran saya sendiri di Myeondong, Seoul,” katanya

Cara untuk pergi ke Kimseri Restaurant

Dalam satu lagi hantaran berasingan, Kim Seri turut menunjukkan cara untuk pergi ke restorannya melalui jalan biasa mahupun menaiki tren.

Kimseri Restoran secara rasminya dibuka hari ini (4 September) dengan menyajikan pelbagai jenis hidangan dari Malaysia.

@kimseri_eina

Replying to @Mrs Min Lina💜 Lokasi Restoran Kimseri 😊 Esok buka! #kimseridiseoul #kimserirestaurant

♬ original sound – KIM SERI 세리 – KIM SERI 세리

Netizen berbangga dengan kejayaan Kimseri

Memindai ruangan komen, rata-rata pengguna media sosial berbangga dengan pencapaian wanita itu yang telah menempuh pelbagai dugaan semasa berada di Korea.

Kebanyakan netizen menzahirkan ucapan tahniah serta menyimpan hasrat untuk pergi ke restoran terbabit sekiranya bercuti di negara itu suatu hari nanti.

Alhamdulilah, makin banyak restoran halal di Korea…

View Comments (0)

Leave a Reply

© 2022 BuzzKini. All Rights Reserved.