Influencer Australia Dakwa Rakannya Warga Malaysia Dipulau Dan Jadi Mangsa Perkauman Di Korea Selatan
Menurut Jazmyn, rakyat Malaysia yang menjadi mangsa perkauman di Korea Selatan itu juga pernah dibaling dengan tuala oleh warga tempatan walaupun tidak melakukan apa-apa kesalahan.
Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami! Follow Kami
Masalah perkauman merupakan antara isu hangat yang bukan sahaja berlaku di Malaysia, malah turut terjadi di luar negara kerana wujudnya kepelbagaian bangsa dalam kalangan masyarakat.
Bagi sesetengah individu, perbezaan kaum tidak menjadi satu masalah selagi mana sesebuah komuniti itu hidup dengan aman dan damai.
Namun, ada juga segelintir pihak yang memandang perkara tersebut sebagai satu masalah besar sehingga berkelakuan tidak sepatutnya seperti mana yang berlaku kepada seorang rakyat Malaysia di luar negara.
Wanita Kongsi Pengalaman Lihat Rakyat Malaysia Jadi Mangsa Perkauman
Menerusi video dimuat naik di laman TikTok (@jazmynjenningss), seorang influencer TikTok dari Australia berkongsi kisah yang kurang menyenangkan tentang pengalamannya semasa menetap di Korea Selatan bersama rakannya yang berasal dari Malaysia.
Gadis bernama Jazmyn itu mendedahkan rakannya sering menjadi mangsa perkauman oleh masyarakat di Korea Selatan terutamanya melibatkan golongan yang sudah berumur.
TikToker ini menceritakan bagaimana rakyat Malaysia itu telah dipulau oleh pekerja-pekerja lain ketika bekerja di sebuah kedai makan di sana selepas mengetahui negara asalnya.
Saya dilayan dengan berbeza sebab saya berkulit putih. Rakan saya dari Malaysia itu lagi fasih berbahasa Korea berbanding saya kerana sudah beberapa tahun belajar di Korea. Tapi lepas mereka tahu dia dari Malaysia, mereka terus ada masalah dengan dia sampai tak mahu bercakap langsung.
Influencer Jazmyn Jennings.
Keadaan menjadi lebih merumitkan apabila wanita dari Australia ini kurang memahami bahasa Korea dan menyebabkan rakyat Malaysia tersebut terpaksa menterjemahkan setiap perbualan mereka seolah-olah menjadi ‘orang tengah’ bagi membolehkan komunikasi dua hala berlaku.
Bukan itu sahaja, dia mendakwa rakan wanitanya itu juga pernah dibaling dengan tuala dan dimaki walaupun tidak melakukan apa-apa kesalahan.
Namun pengalaman pahit melibatkan isu perkauman di Korea Selatan tidak terhenti di situ sahaja.
Satu lagi kejadian berlaku yang juga melibatkan rakyat Malaysia yang sama ketika mereka berdua sedang menaiki sebuah teksi untuk pulang ke rumah selepas bekerja.
Pemandu teksi yang sudah berumur itu terus tidak mengendahkan kawan saya (rakyat Malaysia) selepas mendapat tahu yang rakan saya itu berasal dari Malaysia. Tiba-tiba pemandu teksi itu hanya bercakap dengan saya.
Influencer Jazmyn Jennings.
Kemudian, perkara sama yang berlaku semasa di tempat kerja kerana rakyat Malaysia itu dipercayai sekali lagi menjadi ‘orang tengah’ untuk membolehkan perbualan berlaku dengan mudah antara mereka.
Bagi gadis ini, perubahan sikap yang terjadi terhadap layanan kepada rakannya itu dilihat agak menjijikkan.
Jelasnya lagi, seseorang yang kelihatan seperti rakyat Malaysia, China, Taiwan atau Filipino mungkin berdepan risiko untuk menjadi mangsa perkauman di Korea Selatan kerana wujudnya perasaan takut atau benci terhadap bangsa lain yang digelar sebagai Xenofobia.
Ramai Rakyat Malaysia Kecewa Dengan Perkara Yang Berlaku
Menjengah ke ruangan komen, rata-rata netizen meluahkan rasa kesal dan kecewa selepas mengetahui isu yang berlaku kepada rakyat Malaysia di Korea Selatan.
Ini kerana layanan yang diberikan oleh rakyat Malaysia terhadap masyarakat Korea amatlah berbeza sehingga ada yang menyanjung mereka sebagai idola, terutamanya artis tempatan di sana.
“Bila orang Korea datang Malaysia, korang sanjung mereka. Inilah perangai sebenar mereka,” kata netizen.
Dalam pada itu, seorang netizen yang merupakan warga Indonesia menceritakan pengalaman sama dilaluinya ketika berada di Seoul semasa berusia 18 tahun.
“Saya ingat lagi ada pakcik tua warga Korea datang kepada saya dan memberitahu bahawa negara saya sebuah negara yang miskin dan lebih rendah standard berbanding Korea Selatan,” ujar netizen.
Netizen yang lain juga tidak menafikan bahawa sesetengah masyarakat Korea kurang gemar dengan penduduk di Asia Tenggara kerana mereka beranggapan masyarakat negara tersebut masih tidak maju.
Baca Artikel Berkaitan: Rakyat Malaysia Dihalau Imigresen Korea Selatan Gara-gara Mahu Bantu Adik Di Lapangan Terbang
Baca Artikel Berkaitan: [Video] Pemimpin Parti Pembangkang Korea Selatan Ditikam Di Hadapan Puluhan Wartawan
Baca Artikel Berkaitan: Kes Tikam Orang Awam Secara Rawak Di Korea Selatan, Pihak Polis Perketat Tahap Keselamatan