fbpx
Now Reading
2 Remaja Di Korea Utara Dihukum Jadi Buruh Paksa Selama 12 Tahun Selepas Kantoi Tengok K-drama [Video]

2 Remaja Di Korea Utara Dihukum Jadi Buruh Paksa Selama 12 Tahun Selepas Kantoi Tengok K-drama [Video]

Menerusi video tersebut, kelihatan dua orang remaja lelaki tersebut berdiri dengan tangan digari di hadapan ratusan pelajar lain.

Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami! Follow Kami

Korea Utara cukup terkenal sebagai sebuah negara autoritarian di mana setiap perkara dikawal oleh kerajaan mereka.

Malah penduduk tidak boleh melanggar undang-undang yang telah ditetapkan atau mereka bakal berdepan hukuman tegas.

Baru-baru ini, tular video dari negara komunis itu yang memaparkan dua orang remaja lelaki telah dihukum menjadi buruh paksa selama 12 tahun disebabkan menonton K-drama rancangan hiburan dari Korea Selatan.

Klip berkenaan difahamkan telah dirakam pada 2022, memaparkan remaja berusia 16 tahun tersebut dengan tangan yang bergari sedang dihadapkan di depan ratusan pelajar di luar sebuah stadium.

Dua remaja ditegur atas kesalahan mereka menonton k-drama di Korea Utara

Dalam rakaman itu turut menunjukkan pegawai beruniform telah menegur remaja lelaki terbabit atas kerana tidak memikirkan kesan kepada kesilapan mereka.

Hiburan Korea Selatan termasuk rancangan di Televisyen antara yang diharamkan di Korea Utara.

Meskipun ia telah diharamkan namun masih ada lagi yang cuba untuk mengakses K-drama walau tahu akan berdepan dengan risikonya.

Malah sebelum ini sudah ramai yang dikenakan hukuman kerana melakukan perkara yang serupa.

Namun memetik laporan BBC rakaman seperti itu jarang dapat dilihat kerana negara berkenaan melarang gambar mahupun video dan bukti kehidupan di Korea Utara dibocorkan untuk menjadi tontonan dunia luar.

Video tersebut telah diberikan kepada BBC oleh South dan North Development (SAND) yang merupakan sebuah institut penyelidikan yang bekerjasama dengan rakyat Korea Utara yang belot.

Baca artikel berkaitan: Hanya Kerana Tonton Filem Korea Selatan, Pelajar Di Korea Utara Dipenjara 14 Tahun

Terdapat narator yang mengulangi propaganda negara

Rakaman tersebut dilaporkan telah diedarkan di Korea Utara untuk pendidikan ideologi selain sebagai amaran kepada rakyat agar tidak melakukan kesalahan sama yang dipanggil “Decadent recordings”.

Malah dalam video berkenaan terdapat narator yang mengulangi propaganda negara.

“Budaya rejim boneka (puppet) busuk yang telah tersebar malah kepada remaja.

“Mereka hanya berumur 16 tahun tetapi telah merosakkan masa depan sendiri,” ujar suara itu.

Remaja berkenaan juga telah diberikan nama oleh pegawai terbabit selain alamat kediaman mereka turut didedahkan.

Terdahulu, kanak-kanak bawah umur yang melanggar undang-undang dengan cara tersebut akan dihantar ke kem buruh belia dan tidak dipenjarakan.

Kebiasaannya mereka yang bersalah akan dihukum kurang daripada lima tahun.

Pyonyang gubal undang-undang, tembak mati siapa tonton atau edar hiburan dari Korea Selatan

Walau bagaimanapaun pada tahun 2020, Pyongyang telah mengubal undang-undang untuk mengenakan hukuman mati kepada mereka yang menonton serta mengedar hiburan dari Korea Selatan.

Seorang individu sebelum ini telah memaklumkan kepada BBC dia terpaksa melihat lelaki berusia 22 tahun ditembak mati.

Hukuman itu dilakukan kerana di telah dituduh mendengar muzik dari Korea Selatan dan berkongsi filem dari negara tersebut kepada rakannya.

Ketua Pegawai Eksekutif SAND, Choi Kyung-hui menjelaskan Pyongyang melihat penyebaran hiburan tersebut sebagai satu ideologi yang berbahaya.

“Kekaguman kepada masyarakat di Korea Selatan boleh mengakibatkan kelemahan sistem. Ini bertentangan dengan ideologi monolitik yang membuatkan rakyat Korea Utara menghormati keluarga Kim,” ujarnya.

Baca artikel berkaitan:

View Comments (0)

Leave a Reply

© 2022 BuzzKini. All Rights Reserved.