fbpx
Now Reading
Kadar Kelahiran Di Korea Utara Menurun, Kim Jong-un Menangis Rayu Kaum Wanita Lahirkan Anak

Kadar Kelahiran Di Korea Utara Menurun, Kim Jong-un Menangis Rayu Kaum Wanita Lahirkan Anak

Pada masa sama, Jong-un turut menggesa kaum wanita agar menerapkan nilai-nilai parti komunis Korea Utara kepada anak-anak mereka.

Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami! Follow Kami

Pemimpin Tertinggi Korea Utara, Kim Jong-un mengejutkan dunia selepas beliau memperlihatkan kesedihannya yang jarang ditunjuk sebelum ini di hadapan ribuan rakyat wanita negara itu.

Menurut Kosmo memetik MailOnline, Jong-un dilihat mengelap air matanya menggunakan sapu tangan semasa berucap pada Mesyuarat Ibu-Ibu peringkat kebangsaan di Pyongyang pada Ahad lalu (3 Disember).

Kim Jong Un menangis rayu wanita lahir lebih banyak anak

Difahamkan, pemimpin itu menangis ketika menyeru golongan wanita agar melahirkan lebih ramai anak bagi menamatkan krisis penurunan kadar kelahiran sekaligus untuk mengukuhkan lagi kuasa pemerintahannya.

“Mencegah penurunan kadar kelahiran dan penjagaan anak yang baik adalah tugas pengurusan rumah tangga yang kita perlu tangani semasa bekerja dengan kaum ibu,” katanya.

Gesa kaum ibu terap nilai parti komunis pada anak-anak

Pada masa sama, beliau juga menggesa kaum wanita agar menerapkan nilai-nilai parti komunis negara itu kepada anak-anak mereka.

Tidak hanya itu, rata-rata kaum wanita yang hadir dalam keadaan lengkap berpakaian tradisional juga dilihat turut menangis bersama-sama dengan pemimpin diktaktor mereka.

Mesyuarat tersebut diadakan buat pertama kali dalam tempoh 11 tahun dan ia berlangsung ketika kadar kelahiran Korea Utara semakin rendah.

Perkara itu juga dilihat menimbulkan kerisauan dalam kalangan pegawai-pegawai tertinggi Korea Utara.

Kadar kesuburan di Korea Utara terus menurun sejak 10 tahun lalu

Untuk info, data banci Korea Utara pada 2008 mendapati jumlah penduduk sebanyak 24 juta orang, manakala anggaran terkini pula menunjukkan populasi negara itu hanyalah sebanyak 25.7 juta orang.

Penilaian yang dibuat oleh negara jirannya itu, Korea Utara menunjukkan bahawa kadar kesuburuan di sana terus menurun sejak 10 tahun yang lalu.

View Comments (0)

Leave a Reply

© 2022 BuzzKini. All Rights Reserved.