fbpx
Now Reading
Majikan Di Korea Selatan Bagi Bonus RM359,000 Jika Melahirkan Anak

Majikan Di Korea Selatan Bagi Bonus RM359,000 Jika Melahirkan Anak

Menurut Booyang Group inisiatif itu dilakukan untuk menggalakkan kelahiran di Korea Selatan.

Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami! Follow Kami

Umum mengetahui untuk memiliki anak bukan suatu perkara yang mudah, ini kerana ibu bapa perlu menyediakan keperluan seperti pelajaran, makanan, penjagaan kesihatan dan banyak lagi.

Oleh itu, ramai yang memilih untuk mempunyai keluarga kecil kerana kekangan kewangan dan sebagainya. Ini secara tidak langsung telah menyebabkan jumlah kelahiran di sesebuah negara menjadi rendah antaranya Korea Selatan.

Selain itu, isu kesuburan turut menjadi punca kepada kekurangan kelahiran di sesebuah negara .

Syarikat di Korea Selatan tawar wang tunai kepada pekerja yang lahirkan anak

Peka dengan perkara tersebut, sebuah syarikat di Korea Selatan bertindak menawarkan sejumlah wang tunai kepada pekerja yang melahirkan anak untuk membantu negara mereka daripada masalah kurangnya kelahiran bayi.

Booyoung Group merupakan firma pembinaan yang berpangkalan di Seoul telah merancang untuk memberikan 100 juta Korea Won (RM359,000) setiap kali pekerjanya mempunyai bayi.

Turut bayar sebanyak RM26 bilion secara tunai

Malah mereka turut akan membayar sebanyak 7 bilion won (RM26 bilion) secara tunai kepada 70 bayi yang telah dilahirkan oleh pekerja syarikat terbabit sejak tahun 2021.

Jurucakap syarikat tersebut memberitahu CNN bahawa kemudahan tersebut diberikan baik kepada pekerja wanita mahupun lelaki.

Tahap kesuburan di Korea Selatan terendah di dunia

Menurut ramalan dari Statistik Korea, pada tahun 2022, negara mempunyai tahap kesuburan yang terendah di dunia iaitu 0.78. Ia menunjukkan purata bilangan anak yang bakal dimiliki oleh seorang wanita dan jumlah itu dijangka akan menurun sehingga 0.65 pada 2025.

Pengerusi Booyoung Group, Lee Joong-keun menjelaskan syarikat berkenaan menawarkan ‘sokongan langsung’ kepada pekerjanya untuk membantu mereka meringankan beban kewangan membesarkan anak.

Pekerja yang mempunyai tiga bayi akan diberi pilihan untuk memilih sama ada ingin menerima 300 juta Won Korea secara tunai atau rumah sewa sekiranya kerajaan menyediakan tanah untuk pembinaan.

“Saya harap kami akan diiktiraf sebagai syarikat yang menyumbang dalam menggalakkan kelahiran.. serta prihatin terhadap masa depan negara,” ujar Lee, lapor CNN.

Menurut laman rasmi, syarikat itu telah dibangunkan pada 1983 dan sejak daripada itu mereka telah membina sebanyak 270,000 rumah

View Comments (0)

Leave a Reply

© 2022 BuzzKini. All Rights Reserved.