fbpx

“Makan Sambal Petai”- Ramai Teruja Lihat Warga Korea Makan Makanan Dimasak Lelaki Malaysia [Video]

Malah Fikri tidak hanya menjamu rakan sekerjanya dengan udang masak lemak cili api sahaja tetapi turut membawa beberapa jenis sambal untuk di makan bersama nasi.

Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami! Follow Kami

Apabila berada di perantauan pastinya kita akan merindui makanan di negara sendiri.

Namun pastinya ia sukar untuk didapati dan jika ada sekalipun, harganya pula mungkin jauh lebih mahal.

Oleh itu, ramai yang berada di perantauan kebiasaannya akan memasak sendiri bila teringin.

Tidak kurang juga, ada segelintir daripada kita yang memasak makanan Malaysia untuk dijamu kepada rakan-rakan yang berlainan negara agar mereka secara tidak langsung dapat mengenali budaya Malaysia.

Lelaki cuba beri rakan makan makanan Malaysia

Perkara sama turut dilakukan oleh seorang pemuda yang dikenali sebagai Fikri Akram apabila memberi rakan sekerjanya warga Korea Selatan untuk merasai makanan Malaysia yang dimasaknya iaitu udang masak lemak cili api.

Menerusi video yang dikongsikan di TikTok, awalnya kelihatan Fikri telah membeli beberapa barangan basah seperti udang, ayam, serai dan sayur-sayuran untuk memasak menu udang tersebut.

Fikri yang juga menetap dan bekerja di negara itu turut menunjukkan cara membersihkan setiap bahan mentah.

Pemuda itu kemudian membungkus makanan tersebut untuk dijamu kepada rakan sekerjanya.

Siap bawa ayam goreng dan juga beberapa jenis sambal

Malah Fikri tidak hanya membawa lauk udang sebaliknya dia turut membawa ayam goreng dan juga beberapa jenis sambal seperti sambal hijau bilis petai, sambal merah ikan talang masin dari Malaysia.

Kelihatan wajah rakan-rakan sekerjanya begitu teruja untuk merasai air tangan Fikri. Lebih mengejutkan apabila mereka turut cuba makan hidangan tersebut dengan menggunakan tangan tanpa sebarang peralatan lain seperti chopsticks, garfu mahupun sudu.

“Bila awak cuba ‘Melayukan’ rakan sekerja warga Korea makan guna tangan,” tulisnya.

Walaupun ada segelintir dari rakan kerjanya kelihatan kekok menggunakan tangan namun mereka makan dengan berselera sehingga bertambah-tambah.

@fikriakram91

Makan Udang masak lemak dgn ayam goreng Guna tangan. Fuhhh, baru paduuu. Today, no chopsticks, no fork and no spoon. Hidup Melayuu! Kah!!#korealife #korean #melayuboleh #koreanpeople #fyp

♬ WayBackHome – 苏七岁

Puji masakan Fikri sedap

Mereka turut memuji makanan yang dimasak oleh Fikri sangat sedap.

Perkongsian Fikri itu kemudiannya telah menarik perhatian ramai apabila ada yang mengatakan lauk udang tersebut bersama ayam goreng adalah satu kombinasi yang enak.

Malah ada juga yang teruja apabila melihat mereka makan sambal petai.

“Waa dia orang makan sambal petai ya.. bagusnya”

“Fuh sedapnya masak lemak udang kacang panjang.. kombo pula dengan ayam goreng memang ngam”

“Sedapnya, makan dengan sambal pedas-pedas sikit memang terangkat.. Terbaiklah.. Makan masa sejuk-sejuk pula tu dekat sana”

View Comments (0)

Leave a Reply

© 2022 BuzzKini. All Rights Reserved.