fbpx
Now Reading
Murid 8 Tahun Selamat Ditemui Selepas Dipercayai Hilang

Murid 8 Tahun Selamat Ditemui Selepas Dipercayai Hilang

“Alhamdulillah Sofiya Raniya telah pun dijumpai dan dibawa ke Balai Cheras oleh pihak polis,” tulis Ryana dalam hantaran Facebook.

Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami! Follow Kami

Pada petang semalam (30 Mac) telah tular satu hantaran di Facebook berkenaan seorang murid perempuan di Sekolah Kebangsaan Midah 1, Cheras yang dipercayai hilang.

Oleh itu, pihak polis telah menggerakkan satu operasi pencarian untuk mengesan murid yang dikenali sebagai Sofia Raniya, 8, dan dia telah berjaya ditemui selamat.

Memetik laporan Bernama, Ketua Polis Daerah Cheras ACP Muhammad Idzham Jaafar berkata Sofia Raniya ditemui di Bandar Tun Razak, Cheras, Kuala Lumpur.

“Ketika ini, anggota Ibu Pejabat Polis Daerah Cheras sedang mengambil keterangan ibu kanak-kanak itu,” jelasnya.

Sebelum ini, telah tular di laman media sosial apabila ibunya memuatnaik hantaran mencari anaknya selepas gagal menemui kanak-kanak itu di sekolah semasa mahu mengambilnya pada petang semalam (30 Mac).

Nafi anak tersilap menaiki van

Ibu kanak-kanak tersebut yang dikenali sebagai Ryana Mohd Nor, bagaimanapun menafikan dakwaan bahawa anaknya telah tersilap menaiki van sehingga dilaporkan hilang, kerana menurutnya mereka tidak pernah menggunakan perkhidmatan pengangkutan berkenaan untuk ke sekolah.

“Setiap hari saya atau ahli keluarga yang lain akan menghantar dan mengambil anak-anak di sekolah, kami tidak menggunakan perkhidmatan van,” katanya Ryana.

Dia sebaliknya mendedahkan anaknya memberitahu dia telah diminta untuk menaiki sebuah van oleh seorang lelaki, sebelum kemudian meninggalkan lobi sebuah pangsapuri.

Pihak polis beritahu Sofiya Raniya ditemui selamat

Menurutnya, dia telah menerima panggilan daripada pihak polis pada jam 9.30 malam, memaklumkan bahawa Sofiya Raniya telah ditemui serta berada dalam keadaan selamat.

“Saya difahamkan polis menerima panggilan telefon daripada penduduk di pangsapuri berkenaan, melaporkan mengenai sorang kanak-kanak yang ditinggalkan seorang diri di lobi pangsapuri,” ujar Ryana.

Ryana ucap terima kasih kepada pihak polis dan semua pihak terlibat

Ryana menerusi hantarannya di Facebook turut mengucapkan terima kasih kepada pihak polis serta semua pihak yang terlibat dalam mencari serta menghebahkan maklumat untuk mencari anaknya.

Kredit foto: FB page Polis KL

© 2022 BuzzKini. All Rights Reserved.