fbpx
Now Reading
Kontak Rapat Tiada Gejala, Termasuk Yang Belum Vaksin Tidak Perlu Kuarantin Bermula 22 April

Kontak Rapat Tiada Gejala, Termasuk Yang Belum Vaksin Tidak Perlu Kuarantin Bermula 22 April

Namun, kontak rapat yang tidak bergejala perlu mengikut protokol yang telah ditetapkan oleh KKM.

Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami! Follow Kami

Bermula 22 April ini, kontak rapat tidak bergejala tanpa mengira status vaksinasi tidak lagi diwajibkan menjalani kuarantin.

Menteri Kesihatan, Khairy Jamaluddin bagaimanapun memaklumkan individu terbabit hendaklah mematuhi beberapa protokol yang telah ditetapkan.

“Dalam tempoh lima hari dari tarikh terakhir pendedahan kepada kes positif Covid-19, kontak rapat ini hendaklah sentiasa memakai pelitup muka apabila keluar dari rumah, elakkan daripada melawat kumpulan berisiko tinggi.

“Selain itu, hendaklah memastikan pengudaraan yang baik dan membuat perjalanan yang penting sahaja,” katanya semasa sidang akhbar semalam (14 April).

Namun, kontak rapat bergejala masih perlu menjalani kuarantin.

Beliau berkata, individu tersebut disarankan untuk menjalani ujian RTK kendiri bermula pada hari bergejala serta melakukan sekali lagi ujian tersebut pada hari ketiga.

“Jika mana-mana keputusan ujian RTK adalah negatif dan gejala berkurangan, kontak rapat boleh melakukan aktiviti-aktiviti luar.

“Kontak rapat ini hendaklah sentiasa memakai pelitup muka apabila keluar dari rumah, elakkan berada di tempat yang sesak, elakkan daripada melawat kumpulan berisiko tinggi, memastikan pengudaraan yang baik dan membuat perjalanan yang penting sahaja,” kata Menteri Kesihatan itu.

Terdahulu, KKM telah memutuskan hanya kontak rapat yang mempunyai dos penggalak serta tidak bergejala sahaja tidak perlu menjalani kuarantin yang berkuat kuasa pada 1 Mac lalu.

© 2022 BuzzKini. All Rights Reserved.