fbpx
Now Reading
Polis Buru Lelaki Siku Wanita Dua Kali Atas Motosikal [Video]

Polis Buru Lelaki Siku Wanita Dua Kali Atas Motosikal [Video]

Kertas siasatan dibuka mengikut Seksyen 323 Kanun Keseksaan dan Seksyen 233 Akta Komunikasi dan Multimedia 1998.

Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami! Follow Kami

Baru-baru ini tular di Facebook satu rakaman dashcam memperlihatkan seorang lelaki menyiku seorang wanita di atas motosikal yang sedang berjalan di Jambatan Teluk Gadong, Jalan Sungai Bertih, Klang.

Dimuat naik seorang pengguna Facebook, Eiza Zul, insiden itu ternyata menaikkan kemarahan netizen yang mahukan lelaki berkenaan segera ditangkap dan dikenakan tindakan.

Namun apa yang lebih menimbulkan kemarahan mereka apabila Eiza memaklumkan terdapat seorang kanak-kanak kecil dipercayai anak pasangan berkenaan yang turut berada di atas motosikal semasa insiden tersebut berlaku.

“Kau dah kenapa. Dengan bawa anak lagi,” tulisnya sebagai kapsyen.

Terbaharu, pihak polis memaklumkan sedang giat mengesan lelaki tular tersebut.

Menurut Ketua Polis Daerah Klang Selatan, Asisten Komisioner Cha Hoong Fong, pihaknya menyedari perkara itu menerusi satu video berdurasi 11 saat di laman Facebook, kira-kira pukul 8.30 malam Rabu (21 April).

“Berdasarkan rakaman kamera papan pemuka kenderaan itu memaparkan seorang lelaki menyiku menggunakan tangan kiri sebanyak dua kali ke arah kepala wanita tersebut.

“Siasatan lanjut masih dijalankan bagi mengenal pasti dua individu tersebut,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Tambah beliau, kertas siasatan dibuka mengikut Seksyen 323 Kanun Keseksaan dan Seksyen 233 Akta Komunikasi dan Multimedia 1998.

Orang ramai yang mempunyai maklumat mengenai kejadian diminta menghubungi Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Klang Selatan di talian 03-33762222 atau balai polis berdekatan bagi membantu siasata.

© 2022 BuzzKini. All Rights Reserved.